Energizing Soy Protein

Apakah ESP? 
Energizing Soy Protein atau singkatannya ESP adalah satu produk unggul dan premium yang dihasilkan oleh syarikat makanan tambahan semulajadi tertua di dunia, Shaklee Corporation. 

ESP merupakan serbuk protein yang di hasilkan daripada kacang soya baka tulen, atau dalam bahasa sains dikenali sebagai Non-GMO (Non genetically modified organism) iaitu kacang soya asli yang tidak mengalami perubahan sturktur genetik melalui pelbagai kaedah dalam kejuruteraan genetik. 

Ini bermakna serbuk soya ESP adalah serbuk soya yang tulen.

Apakah kebaikan ESP? 

1. Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.

2. Ia diproses di bawah suhu rendah untuk mengekalkan kualiti protein.

3. Setiap tin ESP berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

4. Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

5. ESP mempunya indeks glisemik (GI) yang rendah, oleh itu tenaga dari ESP dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah untuk jangka masa yang panjang, jadi badan akan mendapat bekalan tenaga yang optimum untuk tempoh masa yang panjang.

6. ESP mengandungi Isoflavone yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan hot flushes di kalangan wanita menopause,menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah osteoporosis.

7. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas sehingga ke golongan warga tua.

8. Rasanya sedap dan berkrim disukai semua :)

Berikut adalah kajian klinikal berkenaan isoflavone:
  1. Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  2. Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan Isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  6. Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaikimasalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Adakah ESP halal? 
Berikut adalah pengesahan HALAL bagi ESP dan semua produk Shaklee Corporation.

Sijil halal Shaklee

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan