Slimming set Shaklee


Rangkaian produk Shaklee ada menyediakan set untuk pengurusan berat badan. Jangan tak tahu, untuk ibu yang menyusukan anak pun, kami ada menyediakan slimming set yang sesuai dengan anda. Haaa... happy tak?? Program diet Shaklee bukanlah menahan lapar sepanjang hari, ianya dijamin selamat dan berkesan jika anda patuhi caranya.


1) DETOX
Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir. Ia akan dikeluarkan melalui air besar. Apabila usus kita dah bersih dan cun, barulah mudah untuk ia membuat kerjanya - iaitu dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien!

Suplemen Shaklee yang mempunyai fungsi sebagai detox adalah: Herb Lax dan Alfafa.

Bagi ibu yang menyusukan anak serta pada mereka yang tidak ada masalah sembelit, Alfafa adalah lebih sesuai dengan anda. Herb Lax pula sesuai bagi mereka yang tidak menyusukan anak serta mempunyai masalah sembelit.

2) BUANG LEMAK
Lecithin atau Omega Guard membantu dalam penyingkiran lemak. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak tu keluar dari badan.

3) BINA OTOT DENGAN PROTEIN
Mengapa perlukan protien? Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Kerana protein berperanan untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membantu membakar kalori kita sehingga 35%! Hebat kan?

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan:
i) Untuk ibu yang menyusukan, anda boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.
Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau dimakan secara istiqamah akan membuatkan kulit anda menjadi gebu*


ii) Untuk yang tidak menyusukan anak, anda boleh mengambil Cinch Shake Mix. Cinch ini diperkasa dengan Leucine yang mana mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak. Anda akan kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot.


Jadi untuk memastikan kejayaan anda dalam mengawal berat badan, pastikan anda:
  • Kawal pengambilan kalori makanan anda (Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis)
  • Minum air dengan banyak 2-3 L sehari (Air akan membantu anda mudah lawas, flush semua toksin dalam badan dan mengurangkan kepekatan darah)
  • Berdisiplin dalam mengambil suplemen di atas
  •  Membuat senaman selama 30 minit setiap hari / at least 3x seminggu
  • Berdoa dan tawakal pada Allah
Secara ringkasnya, Set Slimming Shaklee ini:

1) Untuk yang menyusukan anak:
  •  Alfalfa
  •  ESP
  • Lecithin /Omega Guard
2) Yang tidak menyusukan anak:
  • Herb Lax /Alfafa
  • Cinch Shake Mix / ESP
  • Lecithin /Omega Guard
Hubungi saya untuk pilihan mengikut budget anda serta jadual pengambilan supplemen ini.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan