Supplemen untuk kanak-kanak

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat. 

Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu. Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu, nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun, pemakanan bayi bermula ketika bayi berusia 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu.

Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.

Tidak dinafikan dengan situasi sekarang di mana ibu bapa perlu keluar bekerja, makanan yang sihat tidak sempat disediakan oleh ibu dan kebanyakannya lebih selesa untuk membeli di luar yang tidak terjamin kebersihan dan kualiti nutrisnya. Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan.

Gambarajah di bawah adalah cadangan supplemen untuk kanak-kanak:



Vita-Lea® for Children Chewable
• Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
• Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
• Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
• Baik untuk kesihatan
• Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes.
Meal Shakes
• Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
• Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
• Rendak lemak dan rendah glisemik
• Sumber protein dan kalsium
• Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Chewable Vitamin C
Pastikan anda memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan nutrisi ini bukan sahaja untuk tumbesaran tubuh badan mereka, tetapi juga untuk otak yang cerdas.
Ringkasnya,Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan badan mereka, membina & menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan turut penting untuk gusi & gigi.
Omega Guard
OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.
- menggalakkan fungsi otak.
- untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.
- mengurangkan keradangan.
- menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL)

PERHATIAN:
1-3 tahun: Omega guard,mealshake
4-12 tahun: Omega guard,mealshake,vitalea children,chewable vitamin c
13 tahun ke atas: boleh ambil semua vitamin dewasa
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen