Anemia dan Kehamilan

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anemia? 
Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa: 
  • cepat letih 
  • rasa tidak bermaya 
  • pucat 
  • berdebar-debar 
  • sukar bernafas 
  • pengsan
Risiko Untuk Mendapat Anemia
Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan 
  • Mereka yang mengandung kembar 
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat 
  • Mereka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman 
Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan? 
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan.

Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi 
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokoli 
Maksimakan penyerapan Zat Besi
Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan vitamin C adalah disarankan kerana ia menggalakkan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.
Credit info
Jom tonton video ibu hamil yang mempunyai HB rendah sewaktu hamil. Bagaimana beliau atasi masalah ini selepas ditegur oleh doktor O&G.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang 

0 Pembaca Setia:

Catat Komen