Apa itu pigmentasi kulit?

Baik lelaki mahupun wanita, pastinya tidak terlepas dari mengalami masalah pigmentasi kulit.Pigmentasi kulit ini dapat di kenal pasti sebagai sebarang perubahan yang berlaku kepada kulit samaada gejala bintik-bintik hitam , jeragat , mahupun perubahan pada warna kulit . Perubahan yang berlaku ini adalah di sebabkan oleh pengeluaran melanin dari tubuh yang berbeza-beza samada dibahagikan kepada dua jenis iaitu hyperpigmentation dan juga hypoigmentation .


HYPOPIGMENTATION
PENYEBAB : Ia biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran melanin yang tidak mencukupi dari tubuh .
GEJALA : Pengeluaran melanin yang tidak mencukupi biasanya akan mengakibatkan gejala albanism atau albino . Biasanya kekurangan melanin ini akan mengakibatkan gejala kulit yang agak melampau. Kulit akan bertukar menjadi putih dari biasa dan diiringi warna rambut yang putih dan kekuningan . Kulit juga biasanya ditumbuhi bintik-bintik hitam seperti jeragat.

HYPERPIGMENTATION
PENYEBAB : Hyperpigmentation berlaku disebabkan oleh pengeluaran jumlah melanin yang banyak dari tubuh .
GEJALA : Perubahan yang berlaku biasanya kulit akan bertukar menjadi lebih gelap berbanding dengan warna kulit asal.Struktur kulit juga akan menjadi kekeringan yang agak melampau dari biasa.

PENYEBAB DAN SIMPTOM
Masalah pigmentasi bukan hanya disebabkan pengeluaran melanin semata-mata . Ia biasanya didorong oleh banyak pekara lain . Antara penyebab luaran yang menyebabkan perubahan kulit ini adalah dedahan melampau cahaya matahari , penggunaan bahan kimia pada kosmetik dan juga kekurangan nutrisi yang di perlukan oleh tubuh . Namun ada juga sesetengah kes disebabkan oleh masalah keturunan seperti masalah albino . Masalah albino biasanya bukan hanya memberi kesan kulit semata-mata tetapi juga keseluruhan anggota tubuh lain seperti rambut , mata dan sebagainya . Bagaimana pun kulit menunjukkan perubahan yang ketara sekali. 

Oleh itu bagi menangani masalah kulit yang bermasalah ini, penggunaan kolagen yang tepat dan berkesan amatlah diperlukan.

Credit

0 Pembaca Setia:

Catat Komen