Apa itu Power Pumping??

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik rutin mengepam seperti yang lazim anda lakukan setiap hari dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru corak bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.



Siapa yang perlukan Power Pumping? 
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping? 
Untuk Single Pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu tengah malam ke subuh, sebab hormon prolaktin sangat tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya? 
Mommies jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki.
Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakkal, in shaa Allah mudah-mudahan dipermudahkan olehNYA…amin.

* Info: Power pumping boleh dilakukan setiap hari, seminggu sekali atau dua kali seminggu.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen