Fakta Tentang Jeragat Dan Kulit

Penyakit Kulit Dan Jeragat Amat Membimbangkan Kepada Kita Khususnya Kepada Golongan Wanita Yang Ingin Mengekalkan Kecantikan Muka.
  • Sejenis penyakit kulit. 
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag; 
  • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup. 
  • Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. 
  • Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher. 
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. 
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim. 
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat. 
Kulit 
  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia. 
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat. 
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat. 
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit. 
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering. 
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit. 
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis. 
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D. 
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi. 
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit. 
Penjagaan kulit 
  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari. 
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang. 
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas. 
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas. 
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok. 
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit. 
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen