Kulit yang sihat dan cantik adalah idaman semua orang terutamnya golongan wanita. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, pengambilan makanan tambahan (suplemen) tidak dinafikan banyak membantu. Ini kerana, ianya membantu menutup ruang2 kosong pengambilan nutrisi yang tidak lengkap oleh badan kita. Apa yang terbaik untuk dapatkan kulit yang sihat, cantik,gebu dan berseri2??. Jom kita tengok....

Collagen Powder
kolagen kulit

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada 75% berat dalam tahap kulit yang sihat! Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Apa bezanya Shaklee Collagen Powder dengan kolagen di pasaran?? Shaklee Collagen Powder diperbuat dari sisik ikan merah yang hidup di lautan dalam.Ikan merah ni tahan lasak dan bebas daripada pencemaran kimia kerana habitatnya adalah di laut dalam.

Kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder bukan setakat mencerahkan, melicinkan dan mengembalikan keanjalan kulit, malah lebih dari itu, ianya juga menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat bersinar, menegang dan menganjalkan payudara dan menguatkan tulang serta sendi. Memang MARVELLOUS!!!

Energizing Soy Protein (ESP)
protein hebat
Pengambilan protein penting sebab protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru. Menerusi pengambilan ESP yang berterusan, ianya mampu meningkatkan kualiti sel-sel yang diperbaharui. Klik sini untuk resepi masker ESP.

Vitamin C
asid askorbik

Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah. Pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Vitamin C juga boleh dibuat masker,bestkan!! (Klik imej untuk pembesaran)

masker vitamin c


Vitamin E
vitamin e dengan ekstrak grape seed

Ia mengandungi bahan anti oksidan dan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit. Kalau ada jerawat yang baru pecah, sapu je Vitamin E ni kat parut jerawat tu, cepat je hilang nanti. Vitamin E selain boleh dimakan, ianya juga boleh dibuat masker. Klik sini untuk resepi masker.

Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam menyerikan wajah, menegangkan kulit, mencegah jerawat serta melupuskan parut-parutnya jika di ambil secara berterusan. Wajah anda pasti kelihatan berseri dari dalam; tanpa perlu mekap berlebihan yang mungkin merosakkan kulit.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan pesanan anda. Tips kecantikan hanya untuk customer kesayangan saya. ^___^
Manjakanlah rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.

Prosante untuk siapa?
  • Sesuai dipakai oleh semua golongan samada lelaki mahupun wanita yang mengalami masalah rambut seperti kelemumur, rambut menipis, rambut berminyak,kulit kepala gatal dan sebagainya.
  • Sesuai juga dipakai bagi mereka yang TIDAK mempunyai masalah rambut tetapi inginkan produk yang semulajadi dan bersih serta BEBAS dari bahan kimia.
Oleh itu, Shaklee memperkenalkan set penjagaan rambut yang dinamakan Prosante. Di bawah ini dijelaskan secara terperinci kandungan yang terdapat dalam set penjagaan rambut ini.

Nourishing Scalp Treatment
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
Long Lasting Finishing Spray
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
Cadangan Penggunaan Sistem Penjagaan Rambut Prosante (klik imej untuk pembesaran)


Berminat untuk mencuba. Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan anda.

Telur
Apa sahaja makanan yang kaya dengan kandungan omega-3 dikatakan amat baik untuk mengatasi masalah migrain.Salah satu makanan terbaik dan paling mudah didapati untuk anda mendapatkan khasiat omega-3 adalah telur.

Kekacang
Sesetengah penyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. Amalkan kekacang kerana ia didapati dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu, magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

Susu
Riboflavin atau vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh, dan membantu melepaskan tenaga daripada sumber karbohidrat. Riboflavin juga menghasilkan tenaga. Kekurangan tenaga dikatakan punca migrain.

Bayam
Bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

Salmon
Tinggi kandungan omega-3 yang menjadikannya salah satu makanan terbaik untuk menghindari migrain.






Sumber: Rapi, Jan 2013; ms 59
Hydrating Cleansing Lotion
  • Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
Purifying Cleansing Gel
  • Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
Hydrating Toner
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
Hydrating Moisturizer

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
Balancing Moisturizer

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
Eye Treatment

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Manjakanlah kulit anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.
Overnight Renewal Whitening Cream
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
Soothing Radiance Whitening Softener
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
Gentle Action Makeup Remover
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
Daily Defense Whitening Essence
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
Spot Whitening Treatment
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

1) Fahami proses kehamilan 
Memahami bagaimana sistem reproduksi berfungsi menjadiakn anda lebih peka kepada faktor2 kesuburan dan membuatkan anda lebih memahami mengapa wanita gagal hamil. 


2) Berjumpa doktor
Pastikan anda dan suami bebas dari sebarang masalah kesihatan. Masalah cyst endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama enam bulan untuk hamil, anda dan suami mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjalani ujian HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio tidak tersumbat dan analisa sperma bagi mengenal pasti sebarang masalah padanya. 


3) Amalkan pemakanan seimbang 
Amalkan mengambil lemak mono tak tepu dan kurangkan lemak trans yang biasa terdapat dalam makanan segera. Lebihkan protein daripada sayur-sayuran. Kurangkan lemak, gula dan karbohidrat termasuk nasi, mi, mihun dan lain-lain. 


4) Mengambil multivitamin 
Semua wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan mengambil suplemen zink dan selenium yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran sperma. 


5) Dapatkan berat badan yang ideal 
Kawal berat badan dan kira Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. BMI di antara 20-24 adalah berat b adan yang ideal. 


6) Bersenam secara teratur 
Anda dan suami perlu kerap bersenam. Ia adalah cara untuk anda berdua menjadi sihat secara keseluruhan. Secara tidak langsung lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan sepanjang proses bersalin. 


7) Ketahui waktu subur 
Hari subur cuma berlaku empat ke lima hari sebulan. Dengan mengetahui waktu subur, boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Hari subur dapat diketahui dengan tepat sekiranya haid anda teratur setiap bulan. Salah satu cara mengetahui hari subur ialah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi berlaku. Contohnya seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Antara lain, anda boleh mendapatkan kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu mengetahui masa subur dengan lebih tepat. 


8) Kerap berasmara 
Hubungan kelamin antara tiga hingga empat kali seminggu sangat disarankan. Pada hari-hari subur, lakukan hubungan intim setiap hari. Posisi suami berada di atas dikatakan sebagai posisi yang terbaik untuk meastikan penembusan optimum di mana sperma yang dilepaskan berada paling hampir dengan serviks. Untuk memastikan tiada sperma yang tumpah, letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15 minit selepas pemancutan. 


9) Tingkatkan kesuburan suami 
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang; mempunyai berat badan ideal, kerap melakukan senaman, tidak merokok dan mengelakkan diri daripada mengambil sebarang minuman keras. Sekiranya berlaku ejakulasi pramatang, anda dan suami boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin boleh menjadi punca sukar hamil. 


10) Kurangkan tekanan 
Cuba lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan seperti bersenam, mendengar muzik, membaca dan sebagainya. Anda boleh juga memanjakan diri dengan melakukan rawatan spa atau seumpama dengannya. 


11) Jauhi dadah, rokok dan minuman keras 
Merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras akan member kesan terhadap kesuburan. Lebih daripada itu, ia meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan semua ubat yang diambil adalah selamat dan berdasarkan saranan doktor. 

Sumber: Pa&Ma, Januari 2013, M/S 13 dan 14
Salam semua. Hari ni saya nak share berkenaan isu halal haram bovine dalam produk shaklee. (klik imej untuk pembesaran)

isu halal haram bovine
sijil halal shaklee
Shaklee telah mengeluarkan sijil halalnya sendiri dan pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa kesemua produk shaklee adalah HALAL. Oleh kerana ada yang masih ragu-ragu dengan produk yang diperbuat dari BOVINE seperti lecithin, vitamin e dan omega maka rakan saya telah menghantar email kepada Islamic Services of America (ISA).

Berikut adalah jawapan dari pihak mereka. (klik imej untuk pembesaran)


Alhamdulillah, memang terbukti produk shaklee semuanya HALAL. Diharapkan selepas ini tiada lagi perasaan ragu-ragu atau was-was untuk menggunakan produk shaklee k. ^_^

Asid folik adalah penting dalam tumbesaran bayi. Adalah disarankan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga seseorang wanita itu hamil dan usia kandungan mencapai 13 minggu. Ia tidak meninggalkan kesan buruk kepada diri ibu.

Pengambilan asid folik didapati mengurangkan insiden spinal tube defect kepada bayi. Oleh sebab itu, ia disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil. Asid folik juga diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah (ibu dan anak). Ada kajian yang menunjukkan asid folik mengurangkan risiko bayi mendapat masalah sumbing dan sesetengah penyakit jantung.

Malah asid folik turut penting dalam metabolism bahan genetic dalam tubuh manusia. Selain daripada pil-pil di farmasi, asid folik boleh didapati di dalam makanan seperti nasi, kekacang, bijirin, sayur hijau dan telur.

Oleh kerana asid folik adalah LARUT AIR, maka asid folik yang berlebihan akan dibuang daripada tubuh badan melalui air kencing dan tidak akan mengalami keracunan akibat terlebih makan asid folik!
folik asid untuk wanita hamil
B Kompleks Shaklee lengkap dengan folik asid.
Bacaan lanjut b-complex klik sini.
penyusuan susu ibu, fitrah penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.

Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.

Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.

Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.

Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.

Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?

Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

Sumber 
Salam semua. Entry berkenaan slimming set disini. Ok harini nak share sukses story seorang pengguna set slimming Shaklee selama 6 bulan dan dapat turun 16 kilo! Wahh.. memang teruja dan bestt baca cerita beliau ni.. Tengok gambar after tu, giller kurus murus! Sape kata takleh kurus dengan produk Shaklee? Semuanya BOLEH! Sebab Shaklee diet secara sihat bukannya turun berat mendadak pastu dah macam orang anaroxia lak.. huhuhu.. ngeriiii... Jom kita baca testimoni beliau... (klik imej untuk pembesaran)

berat turun sehingga 16kg
Gambar sebelum dan selepas
alfalfa,lecithin,herblax,esp
Tips diet dari Cik Za
Sekilas fakta fungsi setiap vitamin untuk kurus secara sihat:
  • LECITHIN berfungsi sebagai pengemulsi lemak, iaitu ianya berfungsi MEMECAHKAN LEMAK.
  • OMEGA berfungsi MEMBAKAR LEMAK. 
  • HERBLAX dan ALFALFA untuk mengangkut LEMAK yang dibakar dan dipecahkan tadi keluar daripada badan. 
  • CINCH SHAKE untuk SPESIFIK INCH LOSS dan 
  • ESP untuk MODIFY DIET bila nak kurus muruss.. 
Gabungkan KESEMUA di atas jika anda mahu mendapatkan LEBIH NILAI..! Bukan setakat kurus je, KULIT pun jadi GEBU dan CANTIK! Tentang harga jangan risauu... Saya akan berikan anda harga bestt untuk semua customer saya =)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang berisiko?
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
Senaman yang boleh dilakukan
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
  • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
  • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
  • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
  • Berjalan-jalan, berkebun.
  • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
Salam semua. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda satu rahsia Vitamin E boleh menjadikan wajah anda gebu dan cantik tanpa memakannya. (Kredit to Iffah untuk tips ini).

Salah satu tips yang sangat mengujakan (o yesss.. memang sangat superb kesannya ya cik puan semua) iaitu dengan menjadikan Vitamin E Shaklee anda sebagai masker. Wow! Cemana tu?

Ok, berikut adalah cara-caranya:
1. Ambik sebiji Vitamin E
2. Dengan menggunakan jarum, cucuk Vitamin E anda 
3. Picit dan sapukan dengan rata ke seluruh muka (kecuali mata)

* Gunakan sebelum tidur malam
* Sebiji Vitamin E boleh digunakan sehingga 2-3 kali
* Selepas digunakan simpan di dalam peti ais untuk mengelakkan Vitamin E tersebut teroksida (rosak la tu)

InsyaAllah hasilnya sangat mengujakan dan pasti tidak akan mengecewakan dan ya ianya sangat menjimatkan!

kecantikan kulit, kesuburan, kesihatan lelaki dan wanita
Vitamin E mengandungi 120 biji , tahan selama 4 bulan jika dimakan. Kalau dibuat masker 1 biji tahan dalam 3 hari, so lebih tahan lama jika dibuat masker. Lebih menJIMATKAN!!!

Boleh hubungi saya sekiranya anda berminat untuk mencuba.
minyak ikan
Wah..btol ke ni? Selama ni duk ingat fish oil untuk brain je..nampaknya Lecithin ade persaingan hehe.. Jangan risau ye, Lecithin mmg work so does Omega but the difference between them is the price and effectiveness ..well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't good. Terpulang pada kemampuan masing2 ye..

Dalam fish oil ade OMEGA fatty acid which consist of DHA dan EPA.
Ye ke omega ni buleh bakar lemak
''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?
Omega-3 fats
  • Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin
  • Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight
  • Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism) 
  • Leptin also causes your body to burn fat for energy so
If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and…

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…
  1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.
http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm

 

''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.''

http://www.livestrong.com/article/494397-dha-fish-oil-and-weight-loss/

Credit info
Apa Itu DHA 
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.




Kepentingan DHA
1) DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

2) DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.

3) DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- Kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak 
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.



Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA.
Tiada sebab mengapa kesihatan lelaki tidak boleh disamakan tarafnya dengan kesihatan wanita. Dalam masa yang sama, kesihatan lelaki turut memberikan kesan terhadap wanita, keluarga dan komuniti. Bayangkan jika sebahagian besar lelaki di Malaysia ini jatuh sakit dan gagal memainkan peranannya dalam rumah tangga dan sosial.

Justeru, sudah tiba masanya lelaki belajar berdikari tanpa bergantung lagi kepada isteri atau ibu masing-masing yang secara tradisinya mengambil berat perihal kesihatan diri mereka sendiri.

"Kesihatan lelaki memerlukan anjakan paradigma baik dari segi pendekatan, kefahaman dan pengurusannya di kalangan doktor dan kaum berkenaan," tambah Dr. Tan pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. 

Peningkatan kesihatan lelaki tidak boleh berlaku dalam tempoh semalaman tetapi ia boleh dimulakan sekarang. Mengurangkan lebihan lemak pada perut merupakan langkah awal yang bijak kerana ia berisiko meningkatkan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Memperkenalkan set Men's Vital Health Programme yang dirangka khusus untuk kesihatan kaum Adam.


Terdiri daripada OmegaGuard, Vitamin E dan Zink Complex. Harga retail bagi setiap produk dalam set ini :
Omega Guard: RM136WM/RM140EM,
Vita-E Complex: RM149WM/RM154EM dan
Zinc Complex: RM33.75WM/RM35EM

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi dan pesanan Set Men's Vital Health anda!!
Assalam....

Harini saya nak berkongsi supplement yg penting khusus wanita. Penjagaan kesihatan perlu bermula dari peringkat awal sehinggalah usia tua kerana kesihatan kita tak dapat dijual beli. Walaupun kita mampu biayai kos perubatan tapi sanggup ke kita terlentang sakit atau tak dapat nak bergerak bebas akibat dari tidak menjaga kesihatan dari awal kan...Tak syokla tengok orang lain sihat dan masih cantik walaupun usia kian meningkat..

Semuanya bermula dari penjagaan kesihatan dan gaya pemakanan kita sendiri...Kalau kita tak jaga atau kawal dari awal maka macam2 penyakit yg bertandang kat tubuh badan kita tanpa kita sendiri...Sebab tu pentingnya pemakanan supplement utk tampung atau cover mana2 nutrien yg dah hilang.

Maka khusus utk wanita yg pentingkan kesihatan dan kecantikan,saya ingin perkenalkan women's health program kami dengan supplement Shaklee sbg alternatif mereka yg sukar nak amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang....


DOCOSAHEXAENOICACID (DHA) & EICOSAPENTAENOICACID (EPA) : Merupakan asid lemak omega 3 yang dikenalpasti dapat memberi sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolestrol yg baik sekaligus menjadikan jantung sihat, mengimbangi hormon wanita ketika PMS serta berkeupayaan membantu menstabilkan emosi.

GAMMA LINOLENIC ACID (GLA) : GLA telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa kitaran bulanan atau haid termasuk dapat melegakan kesakitan (period pain), sakit kepala, ketidakselesaan termasuk juga simptom-simptom pre-menopaus.

Wanita perlu menitikberatkan kesihatan tulang mereka. Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia kurang kesedaran berkenaan bagaimana untuk mengekalkan tulang yang sihat. Mengambil kalsium, magnesium, Vitamin D dan zink, copper dan mangan dalam diet harian dapat membantudalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.

Harga retail bagi setiap produk dalam set ini :
Omega Guard: RM136WM/RM140EM,
GLA Complex:  RM91.25WM/RM95EM dan
Ostematrix: RM61WM/RM65EM

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi dan pesanan Set Women's Health anda!!
Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah. Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.

Sebelum ini ada saya kongsikan berkenaan set kesuburan Shaklee disini. Hari ini saya kongsikan set asas kesuburan yang paling utama yang perlu diambil oleh suami isteri.


Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Credit
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.