Makanan Elak Migrain

Telur
Apa sahaja makanan yang kaya dengan kandungan omega-3 dikatakan amat baik untuk mengatasi masalah migrain.Salah satu makanan terbaik dan paling mudah didapati untuk anda mendapatkan khasiat omega-3 adalah telur.

Kekacang
Sesetengah penyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. Amalkan kekacang kerana ia didapati dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu, magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

Susu
Riboflavin atau vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh, dan membantu melepaskan tenaga daripada sumber karbohidrat. Riboflavin juga menghasilkan tenaga. Kekurangan tenaga dikatakan punca migrain.

Bayam
Bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

Salmon
Tinggi kandungan omega-3 yang menjadikannya salah satu makanan terbaik untuk menghindari migrain.






Sumber: Rapi, Jan 2013; ms 59

0 Pembaca Setia:

Catat Komen