Set Asas Kesuburan Shaklee

Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah. Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.

Sebelum ini ada saya kongsikan berkenaan set kesuburan Shaklee disini. Hari ini saya kongsikan set asas kesuburan yang paling utama yang perlu diambil oleh suami isteri.


Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Credit
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

1 ulasan: