Krisis Pemulihan / Healing Crisis

Salam semua. Hari ni saya nak berkongsi berkenaan topik hangat ini yang sering timbul apabila seseorang tu makan suplemen.

Apa itu healing crisis?
Proses pemulihan adalah satu kaedah natural untuk pembersihan tubuh badan. Apabila kita mengambil supplemen (khasnya dari sumber semulajadi), badan mula untuk membersihkan dirinya daripada bahan-bahan toksik yang telah membina dari masa ke masa.Ini mungkin asing kepada badan seperti bahan pencemar atau bahan buangan metabolik yang telah terkumpul dalam badan kita.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Sumber dari : Buku Nutrisi SHAKLEE

Jadual berikut menunjukkan krisis pemulihan dan kemungkinan puncanya: (klik imej untuk pembesaran)

Jadi anda tidak perlu risau jika sekiranya healing crisis ini berlaku pada anda. Malah, anda kene rasa happy sebab suplemen tersebut sedang bertindak balas baik dalam tubuh anda.Paling penting, teruskan pengambilan suplemen tersebut, minum air masak secukupnya (3liter sehari) dan banyakkan bersabar ye. In sha allah keadaan akan kembali normal selepas itu ^_^....

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan