Omega-3 Bantu Cegah Asma

lelah,sesak nafas,sakit dada

Pengertian Asma dan Cara Mencegah Asma

Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Gejala yang timbul akibat serangan asma biasanya berupa, batuk, nafas berbunyi, sesak nafas dan dada yang terasa ketat. 

Asma terbahagi kepada dua iaitu:

1) Asma ekstrinsik
Asma ekstrinsik - serangan asma disebabkan oleh alergi yang berasal dari luar ( alergan ). Contohnya, debu, serbuk bunga, cendawan, bulu binatang, asap dan udara sejuk serta olahraga yang terlalu berat. 

2) Asma intrinsik
Asma intrinsik berasal dari virus, stress atau keadaan emosi yang kurang terkawal. Oleh sebab itu pengendalian kedua-duanya juga berbeza. Pada pesakit asma ekstrinsik, pesakit hendaklah dijauhkan dari penyebab asma itu sendiri. Sementara pada asma intrinsik perlu pengendalian lebih serius atau dengan pertolongan perubatan iaitu menggunakan ubat-ubatan. 

Pencegahan
Cara mencegah agar asma tidak terlalu susah, iaitu dengan cara mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi. Kerana makanan ini dipercayai dapat menurunkan sensitiviti alergen pada pesakit asma. Menurut cadangan Dietary Guidelines for Americans tahun 1995 menganjurkan supaya pesakit asma lebih banyak mengambil omega 3, berbanding omega 6. Jadi ikan-ikan di laut dalam seperti salmon dan tuna sangat dianjurkan kerana banyak mengandungi omega 3. 

Selain itu magnesium juga bagus diambil bagi penderita asma, kerana magnesium mempunyai kemampuan merelaksasi otot polos pada tubuh manusia, salah satunya otot polos pada saluran pernafasan. Magnesium bekerja berbanding terbalik dengan sodium (meningkatkan sensitiviti alergen). Oleh sebab itu dianjurkan bagi pesakit asma agar mengurangkan makanan yang mengandungi sodium atau garam atau elakkan makanan yang masin-masin

Magnesium terdapat pada sayuran yang berwarna hijau gelap, misalnya sawi dan bayam. Jadi kombinasi makanan omega 3 dan magnesium atau sayur-sayuran dan ikan tuna ataupun salmon menjadi salah satu cara mencegah serangan asma yang sangat efektif. Yang paling penting jaga kesihatan dengan cara menghindari penyebab asma itu sendiri dan biasakan untuk hidup sihat. Bukankan mencegah lebih baik dari mengubati??? 


``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' kata Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia. 

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. 

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). 

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya. 

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.


Memperkenalkan Shaklee OmegaGuard, minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega- 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega 3.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietary tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega – 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

minyak ikan, oil fish, proses penyulingan 3 peringkat
Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk konsultasi beserta pesanan anda.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan