20 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

Seringkali kita mendengar pelbagai mitos penyusuan susu ibu yang  acap kali disebut oleh orang tua-tua. Jom kita rungkai satu persatu mitos tersebut:

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi. Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari.
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar.
Fakta
Tiada kaitan dengan perubahan hormon.

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar.
Fakta
Saiz bukan penentu.

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu.
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak.
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan.

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan.
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang.

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas.
Fakta
Air kosong tiada kandungan nutrisi.
Susu ibu sudah mengandungi air.

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu.
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun.

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar.
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran.
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak.

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu.
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu.

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple.
Fakta
Teruskan penyusuan.
Betulkan teknik pelekapan.

Mitos 18
Apabila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi.
Fakta
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran.
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu.

carta perkembangan bayi susu ibu mengikut umur dan berat
Carta tumbesaran bayi susu ibu.
Mitos 19
Bayi yang ‘gemuk’ adalah bayi yang sihat.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz.
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan.

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM.
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM.
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM.

Sekarang anda semua lebih jelas bukan. Harapannya selepas ini anda lebih berkeyakinan menyusukan si manja anda tanpa ragu-ragu lagi. "Breastfeeding is a journey,so treasure it."

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan