Kenali Waktu Subur Anda


1) Suhu badan
Anda perlu beli termometer basal untuk menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum mandi atau memberus gigi. Suhu badan ini kemudian dicatatkan pada sebuah carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid hingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk samada anda (wanita) mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga akan memberi petunjuk bila wanita itu mengeluarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.

2) Mengkaji lendir dari faraj
Untuk mendapatkan contoh lendir ini, seseorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan sejurus selepas berhadas kecil. Masukkan jari ke dalam lubang faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung (pastikan kuku anda tidak panjang). Pada waktu subur iaitu yang biasanya jatuh pada hari 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan. Inilah waktunya seseorang wanita itu sangat subur.

3) Pemeriksaan ultrasound
Melakukan pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya ialah Klinik Kesuburan LPPKN sendiri.

Sumber: Pa & Ma, Febuari 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan