Salam semua.

Fitrah manusia memang sukakan pada kecantikan. Tidak kira samada anda lelaki mahupun wanita, bujang, anak dara, mahupun sudah berkahwin semua nak kelihatan cantik bukan? Oleh sebab itu, pada hari ini, saya akan kongsikan testimoni dari seorang GADIS JELITA, Cik Wajihah Rashid. :)

Beliau ni masih muda remaja lagi, tapi sangat concern dengan kecantikan dan kejelitaan. Jom baca testimoni Cik Wajihah ni.

set skincare shaklee
set kecantikan shaklee
Wajihah ambil set D add on OmegaGuard. Berikut ialah fungsi setiap vitamin :-

  • Vitamin B melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing)
  • Vitamin B juga mengekalkan kulit dalam keadaan hidrasi (tidak kering). Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan
  • Mengawal tekanan/ stress yang merupakan punca penuaan pra matang atau ayat mudahnya 'tua sebelum usia'
Vitamin E
  • Sejenis antioksida yang menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel
  • Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar
  • Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia)
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan)
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit
  • Memperbaiki parut-parut jerawat
Sustained Release Vita-C
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Antioksida untuk menghalang pigmentasi yang merupakan penyebab utama jeragat
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon-hormon PMS wanita
  • Mengurangkan  kerosakan kulit semasa datang bulan (jerawat naik terlampau banyak)
  • Untuk meningkatkan daya tumpuan semasa bekerja/belajar (sesuai untuk pelajar macam Wajihah)
  • Membakar lemak
  • Melancarkan perjalanan darah
Berminat untuk mendapatkan Set Skincare sepertimana yang diambil oleh Wajihah? Hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.
Salam semua..
Hari ni saya nak berkongsi testimoni Set Skincare Shaklee yang sangat best taw... Perkongsian dari Cik adik manis kita...Cik Mazni.



Jangan tak percaya, Cik Mazni kita ni mengamalkan ESP dan Set Skincare Shaklee ni tak sampai sebulan tawww dah dapat result macam ni.

Apa fungsi setiap vitamin dalam Set Skincare Shaklee dan bagaimana ia membantu mencantikkan kulit?

  • ESP ialah PROTEIN. Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh manusia.
  • Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut,otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi,enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel.
  • Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng ‘optimum’kan kadar penyerapan nutrient suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita..senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP.
  • Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Sebab tu, seeloknya dalam setiap program/ pakej kesihatan yang anda ambil, disarankan mengambil ESP.
B Complex  
  • Vitamin B melancarkan perjalanan darah. Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing).
  • Vitamin B juga mengekalkan kulit dalam keadaan hidrasi (tidak kering). Kulit yang tidak kering nampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan.
Vitamin E
  • Sejenis antioksida yang menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel.
  • Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar.
  • Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia).
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan).
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit.
  • Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat.
Berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee dan Set Skincare Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.
Set Family Wellness merupakan supplement asas yang boleh diambil oleh semua orang tidak kiralah lelaki, perempuan, tua, muda, ibu menyusu, anak dara, bujang teruna dan lain-lain. (klik imej untuk lebih jelas)

family wellness program

Set Family Wellness terdiri daripada: 
1) ESP 
2) Vitalea (Multivitamin) 
3) Vitamin C 
4) B Complex with Asid Folic 

Bagi anda di luar sana yang nak menjaga kesihatan, boleh ambil set family wellness ini. Set ni boleh tahan sehingga 4 bulan penggunaannya. Dan yang paling best sekali, boleh makan kongsi-kongsi dengan suami, ibu-bapa, adik-beradik...berbalo-baloi. 

Dan bagi semua set, tak kiralah set 3M ke, Set Hamil ke, Set Berpantang ke... Set Family Wellness ini adalah asasnya :) 

Set 3M = Set Family Wellness + Alfalfa + Ostematrix 
Set Hamil = Set Family Wellness + Ostematrix 
Set Berpantang = Set Family Wellness + Ostematrix + Zinc 

Kebaikan yang akan anda dapat apabila mengambil set ini ialah: 
- Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh 
- Membantu anda berasa lebih bertenaga 
- Menguatkan system imun anda 
- Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat 

Apa kata mereka yang mengambil Set Family Wellness ni? (klik imej untuk lebih jelas)

total wellness program

Saya suka part bila badan sihat, semulajadi minda kita akan positif juga. Betulkan? Bila badan letih, penat, anak pulak buat perangai memang ada mommy yang akan bertukar jadi incredible hulk pulak kan? kikiki.....

Jangan jadi incredible hulk, tak elok marah anak-anak selalu, tak baik untuk psikologi mereka. 

Lagi satu, pengambilan Set Family Wellness ini pun boleh buat anda nampak cantik dan berseri-seri. Dengan syarat konsisten makan supplement ini tanpa culas bersama pengambilan air masak yang mencukupi iaitu 3 liter air masak sehari. 

So, anda di luar sana nak mencuba Set Family Wellness? atau nak Set 3M, Set Hamil, Set Berpantang? 
Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan anda. 
Soalan yang acap kali ditanya oleh customer saya ketika membeli vitamin dari saya adalah, adakah akan menjadi gemuk selepas ambil vitamin? Harapnya entry ini dapat menjawab persoalan kalian k :)

Vitamin dan mineral tak sepatutnya menaikkan berat badan, kerana ia tidak mengandungi kalori, tapi kemungkinan penyebab berat badan naik lepas ambil vitamin ialah:

- Multivitamin yang mengandungi B Complex memberikan mood tenang dan mengawal stress. Bila tak stress, mungkin ia mendorong untuk makan dengan berselera.

- Mindset bila ambil vitamin rasa macam dah cover semua keperluan tubuh, jadi tak agak2 nak makan makanan rapu.

- Badan rasa lebih bertenaga, berbanding sebelumnya banyak tidur dan rehat, bila dah ambil vitamin, badan tak rasa lesu lagi. Jadi masa jaga yang lebih banyak mendorong untuk makan/minum lebih dari kebiasaannya.

- Pembakaran lemak menjadi lebih efisyen, dan hasilnya adalah karbon dioksida dan air. Air lebih berat dari lemak. Jadi berat badan mungkin tak turun (atau bertambah naik!) tapi yang berat itu bukan lemak lagi. 

- Otot2 yang berkembang dek lemak yang dibakar. Otot lebih berat dari lemak.

Jadi jangan gelabah bila berat badan dirasakan bertambah/tak turun2 selepas ambil supplement. Anda mungkin mengalami perkara di atas. 


Credit: Fazliana Jamil

manfaat berhenti merokok
Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

In Sha Allah...

Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :
Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah susah2 nak beli vitamin c spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

Antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

2) Nutriferon - Merangsang sistem imun

3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak

4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak

5) Carotomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu

6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

Anda mahu mencuba set ini? Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan anda.

Panduan posisi penyusuan
teknik penyusuan

Cara pelekapan yang betul
lekapan yang betul


1- Teknik lekapan
Berikut dalah perkara yang perlu dilihat mengenai pelekapan yang betul
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan

2- Teknik utk kawal susu dr memancut dgn banyak semasa bf kan baby. Keadaan ni buatkn baby saya mcm tersedak
1. Tekap dahulu dengan kain, ataupun tadah susu itu, selepas let down itu kembali normal, baru susukan bayi semula.
2. Puan boleh gunakan pegangan gunting ‘scissor hold’ pada bahagian aerola bagi memerlahankan susu.
3. Perah dahulu baru susukan bayi.

Salam semua. Hari ni nak cerita lagi pasal ESP. Korang semua mesti dah tahu kan yang ESP ni adalah produk paling HOT dan paling LARIS setiap bulan.

Hari ni nak share satu testimoni pengguna ESP. Seorang bakal pengantin. Nak kahwin mestilah nak nampak cantik berseri-seri. Maka beliau telah mencuba ESP. Dan hasilnya memang mengujakan.



1 tin minum pun tak habis lagi dah dapat hasil macam ni. Kenapa ESP sangat berkesan untuk yang nak CERAHKAN KULIT WAJAH, SERIKAN KULIT KUSAM?

ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu badan yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.

Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah dan berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protein), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat.

Ingin mendapatkan ESP Shaklee? Boleh minum begitu sahaja dengan air masak atau diminum bersama air kegemaran anda. Emm... yummy..

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 


Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh mommy2 breastfeed yang mengamalkan vitamin Shaklee. Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:


Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?
Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?
Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?
Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?
Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?
Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?
Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?
Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.
Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di entry ini .

Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  • Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  • Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  • Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
Kredit

Credit to : Wondermum

"Bila nak makan vitamin C ni?"
"B-Complex ni kena ambil lepas makan ye?"
Boleh ke nak makan Alfalfa sebelum tido?"

Ha...inilah antara soalan soalan yg popular sejak saya menjadi mengedar dan pembekal rasmi vitamin dan supplement Shaklee ni ye...Ya saya juga seperti anda dulu...masa awal-awal nak makan vitamin, pasti akan teragak-agak...bila nak makan itu, nak makan ini...minum ESP lagi...hendak lagi klau Set B-Breastfeeding yang ada 4 jenis vitamin...tak kan nak telan semua skali kan? kan?


Jadi, Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur). Tapi, tak semua ingat nak telan vitamin pada waktu malam ye....(termasuklah saya)...sebab contohnya, bila nak tidurkan anak, pasti saya akan tertidur sekali...

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan panduan kebanyakan pelanggan, kami mencadangkan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee seperti ini:

WaktuCadangan Pengambilan
Pagi B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi ESP
Tengah Hari Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang  ESP
Makan MalamLecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
ZincSeminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
NutriferonSeminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shakeBoleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
AlfalfaAmbil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..Selamat mencuba!!

Amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada isteri atau si suami. Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat! Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan makanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.

1. Perbaiki gaya makanan
  • ambil makanan kurang lemak tetapi banyak serat
  • amalkan memakan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju setiap hari
  • kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur
  • sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat
2. Ambil suplemen tambahan
  • pengambilan suplemen tambahan sangat disarankan
  • ini kerana, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan
3. Makan asid folik
  • pengambilannya terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida
  • ia dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis
  • penting di ambil dalam tiga bulan pertama kehamilan
  • memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil
  • disarankan mengambil sekurang-kuranya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan
  • jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi (rujuk kepada doktor untuk jumlah dos)
  • merupakan vitamin larut air, jadi tubuh akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan
  • jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air
4. Dapatkan berat badan yang ideal
  • mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus
  • perlu dilakukan agar kandungan anda tidak bermasalah
  • golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan
  • jika terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang
  • bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu
  • namun anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku
5. Hindari tabiat buruk
  • tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • jauhi daripada perokok atau rokok, kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak
Pemakanan Isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.

1. Asid Folik
boleh diperolehi daripada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam

2. Zat Besi dan Protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. 
manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya

3. Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol

Diet Suami

1. Zink
  • Diet suami makanan mengandungi zink. fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat
  • zink dapat membantu meningkat paras testosteron dan jumlah semen lelaki
  • jumlah keperluan harian adalah 11mg
  • makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram
  • selain itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink, antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate
  • Jika suami mengambil suplemen zink, elakkan memakannya serentak bersama kalsium atau susu, kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh
2. Betik
  • ia mengandungi vitamin C, baik untuk meningkatkan kualiti sperma
  • baik untuk mengamalkan vitamin C bagi pengeluaran sperma yang sihat
  • nutrien asid folik, kalsium dan vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma
3. Kopi 
  • dipercayai dapat meningkatkan keaktifan sperma
  • namun jangan diambil secara berlebihan
Perlu dielakkan

1. Kafein
  • menurut kajian Amerika, pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan kopi akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi
2. Alkohol
  • elakkan mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
  • di pihak suami, mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron
  • untuk jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi lemah
3. Rokok
  • kajian Finland, mendapati 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul
  • malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi
  • si perokok perlu berhenti untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
4. Ikan mengandungi merkuri
  • terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel
  • merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung
  • amalkan makan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna
5. Makanan tertentu
  • daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai)
  • sushi mentah
  • produk tenusu tidak dipasteur
  • berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis
  • jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang
  • pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis
Sumber Pa & Ma, Januari 2013
kaedah mendapatkan anak
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri. Tidak dinafikan ada yang telah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan anak. Berita baik buat anda! Dengan kecanggihan teknologi perubatan, pelbagai kaedah rawatan moden yang disediakan.

Antara langkah-langkah awal yang perlu diambil oleh pasangan yang ingin membuat rawatan kesuburan adalah seperti berikut:
  • Suami perlu membuat pemeriksaan sperma
  • Isteri perlu membuat ultrasound bagi memeriksa keadaan rahim dan juga kilang telur
  • Isteri juga perlu membuat pemeriksaan hormon untuk mengetahui adakah  ia seimbang dan juga mempunyai tahap hormon yang baik
  • Isteri perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan tiub fallopio tidak tersumbat

Setelah anda dan pasangan melakukan pemeriksaan tersebut, doktor akan menyarankan pilihan rawatan tang sesuai dengan masalah kesuburan yang dihadapi.

Peringkat pertama yang akan disarankan oleh doktor ialah cara semulajadi yang membabitkan komitmen daripada pasangan masing-masing. Antara saranan yang mungkin diberikan adalah seperti "bersama" pada waktu subur, membuat pemeriksaan air kencing atau juga memberi presekripsi ubat kesuburan kepada pasangan yang bermasalah.

Ada pelbagai kaedah rawatan moden untuk anda dan pasangan yang bermasalah. Sains memanggilnya sebagai Assisted Reproductive Technique (ART) iaitu terapi kesuburan di mana telur dan sperma dimanipulasi untuk menghasilkan janin. Terdapat tiga kaedah rawatan lain yang akan disarankan sebagai pilihan kepada pasangan yang bermasalah Intrauterine Insemination (IUI), Invitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).

Intrauterine Insemination (IUI)
IUI adalah kaedah ringkas yang tidak mengambil masa lama. Pasangan yang bermasalah akan disuntik dengan Follicular Stimulating Hormone (FSH) untuk merangsang penghasilan telur yang baik. Si isteri perlu disuntik antara 8-10 hari dengan FSH.

Kemudian , si isteri akan disuntik dengan HCG iaitu ubat yang bertanggung jawab untuk ovulasi berlaku. Setelah ovulasi berlaku (telur membesar sehingga 18mm), sperma daripada suami yang dikumpulkan melalui proses ejakulasi akan disuntik ke dalam rahim isteri selepas 36 jam. Setelah suntikan dibuat, anda dan pasangan boleh membuat ujian kehamilan selepas tiga minggu. Kadar kejayaan pasangan yang melakukan kaedah ini adalah antara 15-20%.

Invitro Fertilisation (IVF)
IVF adalah satu kaedah reproduksi kompleks di mana persenyawaan telur dan sperma dibuat di luar rahim dan kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim. Sama juga seperti IUI, isteri akan diberikan suntikan FSH untuk merangsang penghasilan telur dan disuntik pula dengan HCG untuk mematangkan telur. Pasangan yang akan menjalani IVF tidak dibenarkan untuk "bersama" selama lebih kurang 3-5 hari. Ia bertujuan untuk mendapatkan sperma yang berkualiti untuk disenyawakan.

Apabila sperma suami diambil, ia akan dihantar ke makmal untuk diproses. Hanya sperma yang berkualiti akan dipilih dan disenyawakan dengan telur yang kemudiannya akan diletakkan dalam inkubator. Pada hari ke-2, ke-3 atau ke-5, telur yang sudah menjadi embrio akan dimasukkan ke dalam rahim dengan harapan terjadinya kehamilan kepada si isteri. Selepas dua minggu rawatan dilakukan, barulah isteri melakukan ujian darah untuk mengetahui keberkesanan rawatan tersebut. Antara langkah-langkah terbabit dalam rawatan IVF ini termasuklah:
  • Pengovulasian (merangsang ovari supaya menghasilkan lebih daripada satu ovum atau telur untuk satu kitar haid)
  • Pengeluaran telur
  • Persenyawaan
  • Pengkulturan embrio
  • Pemindahan embrio

Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
ICSI adalah rawatan yang digunakan jika si suami tidak dapat menghasilkan sperma yang baik. Sperma yang berkualiti akan disuntik terus kepada telur tertentu untuk disenyawakan. Rawatan ini juga dilakukan kerana kegagalan IVF.

Apa-apa pun caranya, jangan sekali berputus harap kerana rezeki itu datangnya daripada Tuhan. Apa yang penting anda dan pasangan telah berusaha dan selebihnya serahkan sahaja kepada-Nya.

Set kesuburan Shaklee klik sini.

Sumber Pa&Ma, Januari 2013
waktu subur
Selepas enam bulan mencuba untuk hamil namun gagal, anda dan suami harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak. Ketahuilah bahawa lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita. 1/3 lagi berpunca daripada lelaki manakala selebihnya adalah gabungan faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti.

WANITA
1) Gangguan telur
Keseimbangan hormon penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang mengganggu dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila anda mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat; mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, ujian hormon dapat membantu punca dikenal pasti.

2) Saluran fallopio tersumbat
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenal pasti punca masalah ini.

3) Endometriosis
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu punca dikenal pasti.

4) Antibodi menyerang
Dalam kes yang jarang berlaku ini,tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dalam sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur  dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel spermatidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5) Masalah rahim
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenal pasti punca masalah.

LELAKI
1) Sperma tidak matang
Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkansperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah.

Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ia hanya bersifat sementara. Analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2) Gangguan pengangkutan sperma
Dalam 4% dalam kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat.

Info:
Air mani dikatakan berkualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter air mani.
Sumber: Pa & Ma, Januari 2013
Memang tidak dinafikan bahawa secara kronologinya, tubuh kita juga mengalami penuaan, setara dengan perkiraan umur. Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa anda berpeluang untuk mengekalkan otak yang cerdas walaupun usia anda telah pun meningkat. Bagaimanakah caranya? Jom baca.

Madu
honey

Madu dikatakan sebagai makanan kesihatan seluruhnya yang dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang boleh meningkatkan daya ingatan juga kecerdasan mental seseorang.

Blueberry
beri biru

Blueberry atau beri biru membantu melindungi otak anda daripada tekanan dan boleh mengurangkan kesan atau gejala penyakit yang berkaitan usia, seperti Alzheimer. Kajian juga membuktikan bahawa diet kaya beri biru meningkatkan keupayaan otak untuk menerima pengalaman dan ilmu baru.

Kuaci biji labu
biji labu

Kuaci dan kekacang merupakan sumber vitamin E yang baik, dan anda memerlukan vitamin ini seiring dengan pertambahan umur anda. Vitamin E membantu anda untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu perkara. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan anda sering runsing apabila diberikan pilihan.

Ikan
salmon fish

Sumber protein yang boleh meningkatkan daya ingatan otak kerana ikan banyak mengandungi asid lemak omega-3. Omega-3 ini juga diperlukan bagi perkembangan otak terutamanya bagi kanak-kanak dan mengurangkan penyakit berkaitan dengan umur tua seperti nyanyuk, penambahan kolesterol dan risiko mendapat strok.

Oat
quicker oat

Oat mengandungi serat, vitamin E dan beberapa asid lemak omega-3 yang boleh membantu dalam sistem pengaliran darah.

Yogurt
plain yogurt

Yogurt ialah hasil tenusu yang kaya dengan protein dan vitamin B. Vitamin B amat penting untuk sistem saraf dan otak. Selain itu, yogurt juga boleh membantu dalam sistem pencernaan anda.

Kismis
makanan sunnah

Kekurangan oksigen akan membuat orang mudah mengantuk, mudah lupa dan lemah dalam berfikir. Kismis mengandungi zat besi yang diperlukan untuk membina darah yang memastikan bekalan oksigen dan akhirnya akan dikirim ke otak.

Teh segar
daun teh

Jika anda berpeluang mendapatkan daun teh segar, anda amat bertuah kerana ia mampu meningkatkan tumpuan, ingatan dan menstabilkan perasaan. Selain itu, antioksidan dalam teh ini turut menggalakkan pengaliran darah yang sihat.
Sumber: Qaseh, 1 April 2013

Kebaikan susu ibu tiada tandingannya. Kini ramai ibu-ibu yang telah mempunyai kesedaran untuk menyusui bayi yang dikandungnya sendiri dengan susu ibu. Tiada lagi alasan untuk tidak menyusukan, kerana terlalu banyak kemudahan sedia ada seperti breastfeeding peer caunselor, kaunselor laktasi, gadget penyusuan dan sebagainya.

Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pemilihan makanan tambahan selain dari munutup lompang-lompang nutrisi yang tidak cukup dalam badan, ianya juga membantu memberi kesihatan yang optimum, badan yang bertenaga (nak uruskan hal pejabat dan rumah tangga) serta perasaan yang positif (stress yang terkawal).

Jom kita tengok apa kata Puan Dina yang telah mengambil set 3M, zink dan collagen shaklee. (Klik imej untuk lebih jelas).

set 3m
set triple m

Semua rahsia susu banyak, Puan Dina dah share kat testimoni di atas.

1) Doa
2) Usaha
3) Tawakkal
4) Minum air kosong 2-3 liter sehari
5) Pam susu 2-3 jam di tempat kerja
6) Penggunaan milk booster set 3M

Walau berapa pun hasil mengepam yang mommies dapat, bersyukurlah dengan menyebut Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada lagi rezeki buat si manja mommies.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya: "Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mendapat hasil susu yang banyak. Sentiasa berfikiran positif , patuhi jadual mengepam, kerapkan direct feed ketika bersama dengan anak dan jangan culas mengepam. Mommies juga jangan lupa untuk aplikasikan tips yang telah dikongsi oleh Puan Dina di atas ye. ^____^

Anda berminat mencuba set triple m ini?

Klik sini untuk order.

Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Oleh itu penting bagi ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka.


Perlukah makanan tambahan untuk kanak-kanak? Asasnya, jika anak- anak kita bukan jenis fussy eater serta mendapat segala nutrien daripada makanan hariannya, maka makanan tambahan adalah tidak perlu. Namun, jika sebaliknya, kita boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha untuk membekalkan zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.

Kesihatan dan kecerdasan anak-anak merupakan nikmat yang paling berharga untuk ibu bapa. Mencegah anak-anak dari jatuh sakit adalah jauh lebih bijak dan berbaloi berbanding merawat mereka setelah mereka sakit. 

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur
6 fakta menarik tentang Mealshakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Cara terbaik untuk menggalakkan pemakanan sihat tentunya dari teladan. Kita sebagai ibu bapa adalah role model terbaik kepada anak kita. Jadi kita kena makan makanan sihat dan sediakan makanan sihat di rumah.

Laburkan sedikit wang untuk kesihatan, keceriaan dan kecerdasan anak-anak. Jika kita mampu membeli perhiasan rumah, beg tangan, sofa baru, modify kereta dan lain-lain kenapa tidak mampu membelikan vitamin untuk anak ? Tepuk dada tanya iman! Betul tak?

Berminat untuk mencuba. Hubungi saya untuk konsultasi beserta pesanan anda.
Pada zaman sekarang, berkahwin di usia 25 tahun ke atas adalah suatu perkara biasa. Dek kerana mahu membina kestabilan diri dalam kerjaya serta mengumpul wang simpanan untuk berkahwin disebabkan harga barang yang kian meningkat.

Apabila berkahwin pada usia lewat 20-an, maka kehamilan akan berlaku pada usia 30-an. Seringkali terdengar rintihan wanita yang hamil di usia 30-an kerap kali terasa letih, penat, seharian terbaring lesu tanpa mampu membuat kerja rumah dan lain-lain. Pernah  merasainya?

Hari ni nak share cerita Puan Anna yang mengandung dan melahirkan pada usia 30-an. (Klik imej untuk lebih jelas)





Puan Anna mengambil B Complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix dan OmegaGuard seawal kandungan 4 bulan.

Pengalaman hamil:
- Lebih bertenaga
- Tiada rasa loya
- Lebih cergas
- Kulit semakin cantik tanpa pigmentation

Pengalaman bersalin/ melahirkan:
- Proses bersalin sangat mudah dan cepat berbanding 2 kelahiran sebelum ini yang kontraksi makan masa 2 hari
- Bersalin kali ini, rasa kontraksi, sampai hospital bukaan dah 7cm
-Terus kene usung ke labour room, bukaan terus jadi 10cm
- 2 kali push ajer dah selamat bersalin :)

Dan sekarang Puan Anna teruskan dengan set berpantang dan penyusuan Shaklee.

Berminat untuk mendapatkan set hamil lengkap shaklee?

Hubungi saya untuk konsultasi bersama pesanan anda.
kencing kotor
Tentu ramai wanita pernah mengalami rasa sakit ini. Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses tersebut pengalaman yang memeritkan. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.

Kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing, dan jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang. Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.

Wanita berisiko
Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah. Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor kerana saluran air kencing mereka pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar dan kencing tertahan.

Biasanya jangkitan ini berlaku dalam kalangan ibu hamil bahkan selepas bersalin, kerana semasa hamil, salur kencing urethra tertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan, dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma urethra menjadikannya bengkak dan lebam.

Dalam masa yang sama, ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi menyebabkan dia menahan kencing. Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit melalui epidural, epidural boleh menyebabkan rangsangan saraf ke pundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing. Urinary retention ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kencing kotor.

Risiko pesakit
Kebanyakan masalah kencing kotor adalah jangkitan kepada pundi kencing. Jika jangkitan di peringkat ini tidak dirawat dengan sempurna, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalam jangka masa yang panjang.

Rawatan kencing kotor adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman. Dalam masa yang sama ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. 

Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram (IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Mencegah masalah kencing kotor
  • Memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap- membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Ibu-ibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/ perinium dijaga dengan sempurna.
  • Mulakan mengelap air kencing dari depan ke belakang. Ianya membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  • Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminin yang berpotensi membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
Sumber: Pa & Ma, Disember 2012