Minda Kekal Muda Dengan Makanan Pintar

Memang tidak dinafikan bahawa secara kronologinya, tubuh kita juga mengalami penuaan, setara dengan perkiraan umur. Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa anda berpeluang untuk mengekalkan otak yang cerdas walaupun usia anda telah pun meningkat. Bagaimanakah caranya? Jom baca.

Madu
honey

Madu dikatakan sebagai makanan kesihatan seluruhnya yang dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang boleh meningkatkan daya ingatan juga kecerdasan mental seseorang.

Blueberry
beri biru

Blueberry atau beri biru membantu melindungi otak anda daripada tekanan dan boleh mengurangkan kesan atau gejala penyakit yang berkaitan usia, seperti Alzheimer. Kajian juga membuktikan bahawa diet kaya beri biru meningkatkan keupayaan otak untuk menerima pengalaman dan ilmu baru.

Kuaci biji labu
biji labu

Kuaci dan kekacang merupakan sumber vitamin E yang baik, dan anda memerlukan vitamin ini seiring dengan pertambahan umur anda. Vitamin E membantu anda untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu perkara. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan anda sering runsing apabila diberikan pilihan.

Ikan
salmon fish

Sumber protein yang boleh meningkatkan daya ingatan otak kerana ikan banyak mengandungi asid lemak omega-3. Omega-3 ini juga diperlukan bagi perkembangan otak terutamanya bagi kanak-kanak dan mengurangkan penyakit berkaitan dengan umur tua seperti nyanyuk, penambahan kolesterol dan risiko mendapat strok.

Oat
quicker oat

Oat mengandungi serat, vitamin E dan beberapa asid lemak omega-3 yang boleh membantu dalam sistem pengaliran darah.

Yogurt
plain yogurt

Yogurt ialah hasil tenusu yang kaya dengan protein dan vitamin B. Vitamin B amat penting untuk sistem saraf dan otak. Selain itu, yogurt juga boleh membantu dalam sistem pencernaan anda.

Kismis
makanan sunnah

Kekurangan oksigen akan membuat orang mudah mengantuk, mudah lupa dan lemah dalam berfikir. Kismis mengandungi zat besi yang diperlukan untuk membina darah yang memastikan bekalan oksigen dan akhirnya akan dikirim ke otak.

Teh segar
daun teh

Jika anda berpeluang mendapatkan daun teh segar, anda amat bertuah kerana ia mampu meningkatkan tumpuan, ingatan dan menstabilkan perasaan. Selain itu, antioksidan dalam teh ini turut menggalakkan pengaliran darah yang sihat.
Sumber: Qaseh, 1 April 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan