5 Makanan Pembakar Lemak

Tahukah anda selain daripada melakukan senaman untuk membakar lemak, faktor pemakanan juga mampu menyumbang kepada penurunan berat badan. Berikut terdapat lima senarai makanan yang boleh membantu anda membakar lemak dan seterusnya menjadikan anda kelihatan enam tahun lebih muda dari usia sebenar.

1) Ikan salmon 

omega 3

Menurut kajian dalam British Journal of Nutrition, kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan ini mampu menurunkan berat badan dengan membantu membakar lebih kalori. Cubalah untuk menikmati ikan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain itu, untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan anda boleh menggabungkannya dengan aktiviti senaman.

2) Telur
telur

Menurut Jurnal American College of Nutrition, mereka yang mengambil telur sebagai sarapan pagi akan merasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama berbanding mereka yang memilih sarapan berunsurkan karbohidrat. Untuk itu, golongan ini akan cenderung untuk mengambil makanan yang sedikit dengan kalori yang kurang pada waktu makan tengah hari. Selain itu, separuh daripada kandungan protein telur sebenarnya terdapat dalam kuning telur.

3) Daging merah tanpa lemak

daging merah tanpa lemak

Merupakan sumber utama asid lemak omega 3 yang kebiasaannya rendah dalam kebanyakan diet. Sementara itu, protein yang terdapat dalam daging merah tanpa lemak mudah dicerna serta mempunyai rasa kekenyangan yang lebih tinggi berbanding daripada karbohidrat atau lemak. Faktor ini memudahkan anda untuk terus patuh kepada diet kerana ia menjadikan anda kurang untuk makan, mengelak daripada menikmati snek dan sebagainya.

4) Kacang almond

kekacang

Menurut kajian yang dijalankan  oleh International Journal of Obesity, menikmati segenggam almond sehari mampu membakar sebanyak 18 peratus lemak berbanding mereka yang hanya mengurangkan menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.

5) Epal
epal

Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kandungan serat yang tinggi iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji yang berukuran sederhana besar. Serat bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan selain mengurangkan masalah sembelit yang kerap dialami oleh mereka yang sedang berdiet. Antara buah-buahan lain yang baik untuk diet anda adalah pisang, blackcurrant, beri hitam, beri biru, anggur, raspberi, pear, buah delima, mangga dan sebagainya.
Sumber: Harmoni 15 Mei 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Komen