Apa itu HYPNOBIRTHING?

Kelahiran seharusnya bermula dengan situasi yang menyenangkan dan bukannya menyakitkan. Untuk itu, anda perlu sentiasa tenang, yakin dan bebaskan diri daripada segala ketakutan.

gentle birth

Hal ini kerana ketakutan melampau menyebabkan tubuh mengalami ketegangan sekaligus meghalang keupayaan anda untuk melahirkan bayi secara normal. Secara tidak disedari, ia menjadi punca proses kelahiran yang panjang dan penuh kesakitan. Ketakutan hanya akan menyebabkan anda semakin tertekan. Malah, ia merupakan punca utama kesakitan yang biasa dialami oleh wanita ketika dalam proses bersalin.

Apabila anda takut, tubuh menegang dan mengatur minda untuk "berlawan". Hal ini kerana tubuh sering kali mengutamakan organ pertahanan dan mengalirkan darah serta oksigen daripada organ pertahanan yang tidak penting seperti rahim. Oleh sebab itulah, secara tidak langsung, ia akan menyebabkan otot-otot kelahiran tidak mampu berfungsi secara normal sehingga menjurus kepada kesakitan dan ketidakselesaan yang lebih teruk.

Jadi, cuba untuk kekal bertenang sepanjang masa. Minum jika dahaga, makan apabila lapar dan tidur jika mengantuk. Buatlah apa sahaja yang boleh membuatkan anda tenang dan gembira. Ketahuilah, pernafasan menggunakan abdomen dalaman membolehkan anda kekal relaks, tenang dan selesa. teknik pernafasan yang sama direka bagi menggalakkkan pembukaan serviks. Dengan itu, tempoh proses kelahiran dapat dipendekkan. Malah, anda tidak perlu bersusah payah meneran secara paksa kerana bayi akan meluncur keluar dengan mudah sebaik tiba masanya.

Kebanyakan wanita yang mengamalkan hypnobirthing tidak memerlukan bantuan ubat penahan sakit atau bius kerana proses kelahiran yang dilalui adalah terkawal. Anda juga tidak perlu berhadapan dengan sebarang kesan sampingan akibat penggunaan ubat penahan sakit yang mengandungi dadah. Sudah pasti, anda tidak akan mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan dan menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran. Semuanya hasil daripada ketenangan dan keyakinan diri.

Kelebihan hypnobirthing
1) Teknik pernafasan hypnobirthing membuatkan anda tenang sekaligus mengelakkan sindrom Takut-Tegang-Sakit, sebelum semasa dan selepas kelahiran.

2) Mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit. Malah, dalam kebanyakan kes, ia langsung tidak diperlukan.

3) Memendekkan fasa pertama proses bersalin.

4) Mengelakkan rasa letih sepanjang proses bersalin. Anda akan sentiasa segar, tidak mengantuk dan kekal bertenaga apabila tiba waktu bayi dikeluarkan.

5) Mengurangkan risiko masalah pernafasan agar anda mampu mengekalkan bekalan oksigen berpanjangan kepada bayi.

6) Mengurangkan keperluan episiotomi.

7) Membantu proses pemulihan di dalam masa yang singkat.

INFO: Mengira  kontraksi boleh membuatkan anda menjadi cemas. Seterusnya menghalang hormon oksitosin untuk sentiasa berada dalam tubuh.
Sumber: Pa & Ma, Jun 2013

Boleh join group The Gentle Birthing Group Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kelahiran alami.

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam