Benarkah Makan Vitamin Shaklee Boleh Naik Selera Makan & Bertambah Gemuk??

Saya menerima beberapa komen yang mengatakan vitamin menyebabkan selera makan bertambah dan menyebabkan berat badan bertambah. Rupanya ramai juga yang risau sekiranya berat badan bertambah dengan pengambilan vitamin. Oleh itu, saya pun mencari sedikit maklumat tentang isu ini.
selera makan bertambah

Untuk pengetahuan semua, vitamin tidak mengandungi kalori, kalori adalah punca kepada kegemukan. Kesimpulannya, MAKAN VITAMIN TIDAK MENGGEMUKKAN. Vitamin adalah berbentuk dos  yang pekat, badan  kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan dua faktor berikut:-

1) Mindset: Biasanya bila makan vitamin, kita akan fikir vitamin boleh cover semua keperluan tubuh, so kita tak teragak-agak nak makan apa sahaja. Selalu saya ingatkan, dalam berdiet makan tetap kena makan, tetapi portion plate kena jaga selain kena kawal selera. Tukarkan karbohidrat kepada makanan rendah indeks glisemik.

2) Kurang minum air: Bila kita tak cukup minum, sel-sel tubuh akan "dahaga" lalu menghantar isyarat kepada otak. Otak menerima isyarat sebagai LAPAR, so bila kita lapar kita akan mencari makanan. Padahal sebenarnya kita tak perlu makan pun, kita cuma perlu minum sahaja. Jadi semasa makan vitamin, banyakkan minum air masak, at least 3 liter air masak sehari. Air kosong tidak mengandungi KALORI, JIKA ANDA KURANG MINUM AIR TETAPI MAKAN LEBIH GARAM, MAKA WATER RETENTION AKAN BERLAKU. Water retention punca berat kita susah nak turun.

Semasa mengambil vitamin, nasihat saya pastikan kita:-
1) Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
2) Kawal pemakanan, jangan diturut nafsu makan
3) Tukar karbohidrat kepada sumber makanan rendah glisemik indeks

Suplemen Shaklee bukan UBAT, tetapi adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk membantu memberikan kesihatan pada tahap OPTIMUM.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen