Haid tidak normal selepas melahirkan

Kitaran haid tidak normal sering menganggu segelintir para ibu selepas bersalin. Ini biasanya dialami beberapa bulan pertama selepas proses kelahiran. Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. Ia adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil.

period cycle tidak teratur

Namun, wanita yang mengalami kitaran haid tidak normal selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati-hati mungkin berlaku 'ter accident' hamil semasa bayi masih kecil. Ini kerana apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi. Dengan ini, anda boleh menjangka waktu  subur dan berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

Haid tidak normal berlaku selepas melahirkan antaranya disebabkan penyusuan susu ibu, berlebihan hormon prolaktin dan pengambilan pil perancang.

Penyusuan susu ibu
Apabila wanita itu melahirkan bayi, badan akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai prolaktin. Hormon ini akan merangsang pengeluaran susu ibu dan pada masa yang sama menyekat pengeluaran jumlah hormon astrogen dalam badan yang memainkan peranan untuk kitaran haid anda.  Normal jika anda tidak mendapat haid semasa anda melakukan penyusuan susu ibu. Keadaan ini berlaku kerana badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid. Gangguan kitaran haid berlaku kerana hormon prolaktin tinggi semasa penyusuan.

Dalam tempoh ini, ada juga ibu mendapat haid dalam tempoh yang  singkat, panjang dan haid yang banyak. Namun ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama. Tetapi tidak normal jika ia berlarutan dan  proses penyusuan sudah terhenti dan masih tidak mendapat haid sekurang-kurangnya dua atau tiga kali kitaran. Segera berjumpa pegawai perubatan untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Malah dalam tempoh ini juga ada wanita yang melakukan penyusuan susu ibu tetap hamil! Jadi berhati-hatilah!

Penyusuan badan dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa empat hingga enam bulan selepas kelahiran (jika penyusuan secra eksklusif). selepas tempoh ini, anda mungkin terdedah kepada kehamilan.

Berlebihan hormon prolaktin
Ada segelintir ibu mengalami haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif. Kajian ada menunjukkan 10-30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus menerus meskipun darah nifas sudah berhenti.

Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun. Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Pengambilan pil perancang
Ibu yang mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan menggalakkan peningkatan hormon prolaktin.

Bagaimanapun perelu diingat , gangguan haid boleh  terjejas akibat pengambilan pil yang tidak mengikut peraturan betul. Perlu berjumpa doktor untuk memastikan pil yang betul. Namun, jika sepanjang tahun anda dapati haid masih belum ada, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lamjut. Lazimnya pegawai perubatan akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan lain-lain.

Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan kitaran haid anda akan diberi suplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal.

INFO: Mazhab Shafie menetapkan bahawa tempoh haid yang paling pendek ialah sehari semalam. Kebiasaan haid ialah enam atau tujuh hari dan paling lama ialah 15 hari 15 malam. Waktu suci pula ialah sekurang-kurangnya 15 hari. Tempoh haid dikira daripada hari pertama haid keluar.
Credit: Pa & Ma, Jun 2013

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam