Tips Menyusukan Ketika Berpuasa

breastfeeding baby

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Panduan Pemakanan

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Mahukan sahur yang lebih ringkas, mudah dan cepat? Anda boleh mencuba set mighty 3 gem atau esp. Selain berkhasiat, ianya memberi tenaga yang berpanjangan kepada tubuh badan anda. Walaupun berpuasa, tiada halangan bagi anda untuk meneruskan aktiviti seperti biasa. Cubalah! anda pasti terpikat.

Hubungi saya untuk konsultasi dan order melalui salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013-4774285 ye.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen