Shaklee CoQ10, Produk Baru Shaklee Bakal Launch Pada 8 Jun 2013


Alhamdulillah, tak sabar rasanya menantikan satu lagi produk terbaru Shaklee yang bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Produk  yang diberi nama CoQHealth Plus ini akan dilancarkan pada 8 Jun 2013 bersempena dengan National Convention yang diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa.

CoQ10 memelihara kesihatan jantung

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. 

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

CoQ10 untuk kesihatan jantung

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. 

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ Health Plus
Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Berapakah jumlah pengambilan dieteri Coenzyme Q10 yang kita perlukan?
Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Pada usia 40 tahun,jantung kita hanya berhasil menghasilkan sebanyak 68.2  peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20. Antara faktor lain CoQ10 menurun ialah:
  • Diet tidak seimbang
  • Pendedahan harian terhadap radikal bebas
  • Penggunaan sesetengan ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.
Perbezaan Shaklee
  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHelath Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endhotelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang diatapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa gluten.
Dos Pengambilan
  • Sebiji kapsul sehari selepas makan.
  • Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya. 

Klik sini untuk pembelian.

Sebarang masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen