Shaklee Performance dan ESP: Kekal Cergas Bertenaga dengan Set Puasa Bertenaga


Salam Syaaban. Alhamdulillah masih diberi kesempatan berada dalam bulan Syaaban. Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Saya percaya ramai yang mengambil kesempatan pada bulan ini untuk berpuasa sunat dan mengganti puasa. Jika anda rasa letih terlampau sehingga menggangu aktiviti harian, hampir pitam, gastrik datang kembali cubalah set puasa bertenaga ini.

Set ini tidak terhad kepada ibu menyusu semata-mata, bahkan semua individu boleh mengambilnya.

shaklee performance dan esp

Info produk:

Performance
  • Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Berminat mencuba set ini. Sila klik sini untuk pembelian.

Sebarang masalah, sila hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774285.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen