Tanda-Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu

penyusuan susu ibu

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu yang baru melahirkan runsing dan keliru samada bayi mereka mendapat susu yang cukup atau tidak. Biasanya ibu2 akan mengambil jalan mudah untuk mengenyangkan bayi mereka dgn membeli saje FM (Formula Milk). Sebenarnya selepas beberapa minggu bayi dilahirkan, mereka akan lebih peka dengan keperluan mereka, reaksi menunjukkan mereka seperti tidak puas menyusu sedangkan baru diberikan susu adalah sesuatu yang normal.

Ibu2 harus ingat bahawa susu ibu mudah dihadam, dan dalam beberapa jam selepas penyusuan bayi akan berasa lapar semula (biasanya dalam sejam hingga 3 jam). Rujuk carta di bawah untuk lebih jelas. (Klik imej untuk lebih jelas).

tanda bayi dapat cukup susu
Bayi yang baru lahir menerima 8 - 15 kali penyusuan dalam sehari dan susui la bayi anda sekerap mungkin kerana tiada jadual khusus bagi mencatat keperluan babi itu sendiri.

Mari kita lihat tanda-tanda seorang bayi mendapat bekalan susu yang cukup:

Warna najis yang sihat
  • Pada bulan pertama bayi akan membuang air besar sekurang2nya 3 kali sehari. Warna najisnya berubah kepada kekuningan selepas hari ke 5 dilahirkan. Selepas sebulan barulah bayi akan kurang buang air besar, ada sesetengah bayi yang akan buang air besar sekurang2nya sekali atau 2 kali sehari 
  • Selepas 5 hari dilahirkan berat badan bayi meningkat kepada 1 auns sehari sehinggalah umurnya 3 bulan 
  • Bayi membuang air kecil sekurang2nya 7 atau 8 kali sehari 
  • Kita dapat mendengar sendiri bayi menelan semasa penyusuan 
  • Payudara akan berasa ringan selepas penyusuan 
Cara terbaik untuk mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang mencukupi adalah melalui najis dan perkembangan berat badannya (boleh dilihat dicarta perkembangan berat dan tinggi bayi pada buku rekod perubatan mereka nanti).

growth chart bayi

Ibu2 jgn risau.. tuntutla ilmu penyusuan ni sedalam2nya.. kerana bila faham, mudah untuk kita tangani segala permasalahan berkenaan penyusuan susu badan ni.. ape2 pun semuanya diminda anda.. ingat... kehebatan susu ibu tiada tandingannya.. :)

0 Pembaca Setia:

Catat Komen