Tolong! Kenapa Susu Saya Tidak Cukup? Masalah Susu

set triple m

1) Mengapa susu saya tidak mencukupi?
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi dua jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.

Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan
  • Banyakkan minum air sepanjang hari
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien 

2) Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

3) Susu saya tumpah
Usah risau kerana tumpah susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, tumpah susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

4) Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu?
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.

5) Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen