Tolong! Kenapa Susu Saya Tidak Cukup? Masalah Berhubung Ibu

set triple m

1) Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah mengembalikan semangat saya?
Penyusuan susu ibu ada kalanya memerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi. Beri perhatian kepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda dan bayi. Ramai ibu yang berpendapat menyusu sambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat.

Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, beraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi.

Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga. Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja-kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.

Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai, membaca buku, bertemu kawan, mendengar muzik atau tidur sekejap.

2) Saya terlalu murung untuk menyusukan bayi. Kenapa dengan diri saya?
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepas bersalin. Rasa kecewa bukanlah petanda kelemahan atau kegagalan dan ia tidak menjejaskan kemampuan anda untuk menjaga bayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaa itu dengan seseorang yang anda percayai- suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.

Kemurungan Postpartum
Kemurungan adalah perkara biasa tetapi jika ia menjadi semakin teruk dan berlanjutan,ibu mungkin mengalami keadaan klinikal yang dipanggil kemurungan postpartum. Ia boleh berlaku pada sesetengah wanita akibat daripada perubahan hormon dan boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menjaga bayi. Pelajari lebih banyak tentang keadaan ini dan kongsikannya dengan suami dan ahli keluarga. Kemurungan postpartum memerlukan rawatan psikiatri.
Sumber: Breastfeeding  Made Simple

0 Pembaca Setia:

Catat Komen