shaklee

Kenapa saya buat biz Shaklee?
Saya buat biz ini kerana saya ingin merubah hidup saya kepada yang lebih baik. Cita2 saya ingin bekerja dari rumah (work at home mother) sambil melihat anak2 membesar di depan mata telah tercapai dengan biz Shaklee ini. Saya telah melihat potensi yang sangat besar dalam Shaklee. Kalau rajin berusaha, buat kesemua yang mentor suruh inshaallah hasilnya pasti lumayan. 

Retire young & retire rich salah satu tagline yang saya suka. Berhenti kerja awal dengan duit yang berkepuk2 masuk setiap bulan. Mana taknya, selain dari bonus hasil jualan yang kita dapat setiap bulan, Shaklee turut memberi insentif kepada leader yang telah membantu anak2 dalam membuat sales dan juga bonus kereta. Bestkan!

Apa kemungkinan dalam biz Shaklee?
Saya dapat memberi lebih banyak kepada diri, keluarga dan masyarakat. The more you give, the more you get. Saya dapat meningkatkan taraf kesihatan kepada yang lebih baik, bukan diri sendiri sahaja, malah keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat sekitarnya turut merasa benda yang sama. Selain meningkatkan taraf kesihatan, saya juga dapat membantu menaikkan taraf hidup kepada yang lebih baik. 

Alhamdulillah, setiap bulan mampu mengeluarkan zakat, memberi wang kepada ibu bapa di kampung, sedekah, infaq, membayar hutang. Dulu, sewaktu bekerja saya tidak mampu melaksanakan tuntutan ini semua. Alhamdulillah, sejak buat biz shaklee saya mampu melaksanakannya secara konsisten. Ingatlah GIVE more in order to GET more.

Bukan saya sahaja, malahan dowline saya juga dapat rasai benda yang sama setiap bulan dan turut membantu anak2 mereka juga untuk rasa dan lalui benda yang sama seperti saya sekarang.

Adakah saya akan berjaya?
Inshaallah. Selagi tidak GIVE UP dan ENJOY melakukan biz ini, saya yakin saya akan berjaya. Bezanya cuma pada masa samada cepat atau lambat.

Haa 3 persoalan di atas telah terjawab. Anda bagaimana? Berminat nak join biz Shaklee? Saya akan guide anda dari a-z sehingga anda berjaya.
Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. 
Salam semua. Lagi kisah turun berat badan yang akan saya kongsikan iaitu dari Puan Chrysalis Nurul iaitu rakan biz Shaklee saya. Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg hasil konsisten pengambilan shape up set shaklee. Kisahnya agak panjang, harap anda semua tidak bosan membaca. Jom layan...

LOSS INCHES WITH SHAKLEE
**********************
TESTIMONI DIRI SENDIRI

Dari 92 kg ----> 76kg
(ni firstime sy mendedahkan berat sebenar saya pada umum okay!!)

Bagi yang mengenali saya dari zaman sekolah, matrik dan universiti, memang diorang akan kenal saya dengan seorang yang badan gempal....Pernah dulu masa sekolah menengah, ada pelajar lelaki ejek saya dengan panggilan "dugong"...Terukkan??Erm..tapi masa tu makan hati jek...buat tak kisah...Tapi bila duduk sorang2...sedih tu datang jugak...mungkin masa tu takde feel lagi kot nak melawa-lawa ni..

Nak kata mak ayah saya jenis badan besar tak jugak..Tapi mungkin sy mewarisi arwah atok sy yang mempunyai rangka badan yang besar serta berisi..memang dripada dulu tak pernah kurus...KECUALI masa nak kawen..masa tu pulun tak makan nasi..pergi pusat slimming..habis beribu-ribu semata-mata nak nampak kurus n cantik masa hari bersejarah...kuruskan badan semata-mata nak pakai gaun masa hari kawen untuk sesi potong kek...

TAPI...lepas kawen..badan bagai di pam2...yelah..hati senang...dah kawen...pastu terus mengandung..masa mengandung lagi dahsyat...sebelum bersalin berat cecah sampai 98kg..memang dh betul2 mcm dugong dah rasanya..tapi...suami saya tetap sayangkan saya...

Lepas dah bersalinkan Wafiy...sambung menyusu pulak...lagi la tak control makan..memang lapar jek memanjang perut ni..badan naik lagi...radha dan pasrah...banyak baju tak muat..sedih..tapi takde inisiatif nak buat ape2..sebab hanya yg difikirkan biarlah..janji anak aku cukup susu...

selama 2 tahun badan tetap mcm tu...berat memang tak pernah kurang daripada 85kg...hoho...beratnya!!! Encik suami pun tak larat nak dokong okay!!

Lepas tu sambung mengandung anak no2...Ahmad Danial Haris..dalam gambar tu yang tengah2 dua gambar tu ye tengah ngandung 4 bulan...Masa ni memang dah jatuh cinta dengan Shaklee..tapi tak pernah cuba CINCH SHAKE...masa mengandung, cuba jugak..amek jugak cinch shake..bukan sebab nak kurus yer..tapi sy nak bagi berat tak naik banyak sangat mcm masa ahmad Wafiy dulu...dan mengandung anak kedua berat sebelum bersalin 92kg...tak macam dulu...

Lepas bersalin, saya nekad nak turunkan berat badan....at least mesti capai 70kg....itu impian saya...lepas 2 minggu bersalin, saya mula dengan set shape up shaklee...yang terdiri drpd CINCH SHAKE, OMEGA, LECITHIN dan ALFALFA...sampailah sekarang..baby saya dah 3 bulan setengah...

NOW..berat saya dah cecah 76kg...bagi korang yang memang selim melim, akan rasa angka ni still lagi banyak...tapi bagi saya..syukur sangat2...dan dalam keadaan sy sebagai BF moms...pengambilan set ni langsung tak mengganggu...Saya masih makan nasi dan lauk-lauk lain yang seimbang...Dan bf moms tak boleh ikut inch loss plan...TAPI boleh ambil CINCH SHAKE...

Saya ada misi lagi 6 kg untuk diturunkan...saya tak kisah walaupun mengambil masa berbulan-bulan..yang penting sy tahu ianya selamat untuk saya serta baby saya yang sedang menyusu...Dan yang penting...encik suami pun makan suka...

Anda nak cuba turunkan berat dan lose inches macam saya??
Meh kita borak2...Hanya orang yang pernah gemun sahaja yang memahami hati dan perasaan orang gemuk...

(Klik imej untuk lebih jelas)

shape up set
Apa yang puan Chrysalis ambil sebenarnya adalah set shape up shaklee add on omega guard. Oleh kerana Puan Chrysalis masih menyusukan anak, herblax telah diganti dengan alfalfa untuk fungsi detox.

Alfalfa- Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir. Ia akan dikeluarkan melalui air besar. 

Lecithin- Membantu dalam penyingkiran lemak. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'

Cinch Shake Mix- Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Kerana protein berperanan untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Omega guard mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak Omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi, maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini  juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita mengurangkan berat badan. Haaa, nampak tak, bukan semua LEMAK tidak bagus. Inilah contoh lemak yang bagus iaitu ASID LEMAK OMEGA 3.

Berminat mencuba set shape up ini pada harga mampu milik? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774285 untuk konsultasi dan pesanan anda.
Alhamdulillah hari ni hari gaji bagi semua Shaklee Independent Distributor. Bestnye rasa sebab gaji masuk di tengah bulan di mana semua orang tengah berjimat duit sehingga ke hujung bulan tapi kami semua boleh berbelanja di tengah bulan. Senyum lebar gitu. Alhamdulillah, bonus masih lagi kekal 4 angka dan sedang berusaha gigih menuju ke 5 angka pula selepas ini, Insha allah.

bonus shaklee

Bagaimana nak dapat BONUS SHAKLEE ini?
Mudah aje caranya.

1) Daftar ahli dengan bayaran RM75 sahaja untuk seumur hidup. Saya akan isikan maklumat peribadi anda dalam borang, kemudian Shaklee akan proses borang tersebut. Anda hanya perlu nantikan memberkit Shaklee sampai di tangan anda sahaja.

borang ahli

2) Jika ingin mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma, anda perlu membuat pembelian 2 botol vivix atau 3 kotak Shaklee collagen powder.

3) Setiap bulan jika anda membuat pembelian 150uv dan ke atas, anda layak menerima bonus dari Shaklee. Semakin besar UV anda, semakin besar juga duit bonus yang bakal anda dapat. Ada formulanya nak kira duit bonus ni.

Mudahkan? Hanya perlu membuat 3 langkah di atas sahaja. Jika anda berminat menjana pendapatan secara serius dalam business Shaklee, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya. Sudah ramai di luar sana yang berjaya menjana pendapatan utama dengan business Shaklee ini.

Nak pendapatan 2,3, 4, 5,  atau 6 angka? Anda yang tentukan. Jika rajin berusaha dapatlah merasa bonus yang besar. Kalau setakat duduk goyang kaki sahaja, tiadalah bonus besar yang datang bergolek bukan?

Hubungi saya untuk konsultasi sekarang di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 477 4285.

Alhamdulillah, sudah masuk hari yang ke-27 umat Islam berpuasa. Berbaki 3 hari saja lagi Ramadhan bakal menutup tirai labuhnya buat kita semua. Syawal menjelang tiba sebagai tanda meraikan kemenangan kita setelah berjaya berpuasa selama sebulan.

Pastinya ramai di antara anda semua sedang sibuk menyiapkan pelbagai jenis kuih buat hidangan tetamu semasa aidilfitri nanti. Sudah menjadi tradisi, pada bulan Syawal banyak sajian enak yang disajikan seperti ketupat, lemang, rendang, nasi himpit, lontong, laksa dan sebagainya.

ketupat

Makanan enak ini tentu saja mengundang nafsu makan bagi sesiapa sahaja. Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia di dalam bekas air.

Apabila hari raya, individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil. Individu yang makan berterusan akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa.

Salah satu cara pembakaran lemak terbaik untuk tubuh ialah pengambilan omega guard iaitu minyak ikan selepas makan makanan berlemak.

Bagaimana Omega guard membantu membakar lemak?
Rahsianya adalah pada fatty acid iaitu asid lemaknya. Omega guard mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak Omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi, maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini  juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita mengurangkan berat badan. Haaa, nampak tak, bukan semua LEMAK tidak bagus. Inilah contoh lemak yang bagus iaitu ASID LEMAK OMEGA 3.

Jom kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba omega guard ini: (Klik imej untuk lebih jelas)

shaklee omega guard

omega guard, alfalfa, lecithin

testimoni omega guard

Jadikan omega guard sebagai perisai anda sewaktu menyambut lebaran nanti. Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774 285 untuk order anda.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca setia blog SihatItuNikmat. Berhati-hati semasa memandu di jalan raya. Awasi anak-anak anda dari bermain mercun merbahaya. Selamat pulang ke kampung dan selamat bersilaturrahim dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Jaga diri, jaga kesihatan. :)

selamat hari raya


Alhamdulillah...promosi Ogos 2013 ialah Advanced Joint Health Tablet. Sangat bertepatan dengan waktu yang hampir menyambut lebaran. Pastinya ramai yang mengambil peluang memborong JHT sebagai hadiah buat orang kesayangan di kampung.

jht
BUY 6 FREE 1
jht
Jom kita tengok bagaimana AJHT mampu membantu  masalah sakit sendi anda. Klik sini.

Apalagi, segera dapatkan stok anda sebelum JHT habis disapu licin.

Berminat mencuba AJHT, sila klik sini untuk buat pembelian.

Sebarang masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).