Shape Up Set: Puan Chrysalis Berjaya Turun Berat 16 Kilo!!

Salam semua. Lagi kisah turun berat badan yang akan saya kongsikan iaitu dari Puan Chrysalis Nurul iaitu rakan biz Shaklee saya. Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg hasil konsisten pengambilan shape up set shaklee. Kisahnya agak panjang, harap anda semua tidak bosan membaca. Jom layan...

LOSS INCHES WITH SHAKLEE
**********************
TESTIMONI DIRI SENDIRI

Dari 92 kg ----> 76kg
(ni firstime sy mendedahkan berat sebenar saya pada umum okay!!)

Bagi yang mengenali saya dari zaman sekolah, matrik dan universiti, memang diorang akan kenal saya dengan seorang yang badan gempal....Pernah dulu masa sekolah menengah, ada pelajar lelaki ejek saya dengan panggilan "dugong"...Terukkan??Erm..tapi masa tu makan hati jek...buat tak kisah...Tapi bila duduk sorang2...sedih tu datang jugak...mungkin masa tu takde feel lagi kot nak melawa-lawa ni..

Nak kata mak ayah saya jenis badan besar tak jugak..Tapi mungkin sy mewarisi arwah atok sy yang mempunyai rangka badan yang besar serta berisi..memang dripada dulu tak pernah kurus...KECUALI masa nak kawen..masa tu pulun tak makan nasi..pergi pusat slimming..habis beribu-ribu semata-mata nak nampak kurus n cantik masa hari bersejarah...kuruskan badan semata-mata nak pakai gaun masa hari kawen untuk sesi potong kek...

TAPI...lepas kawen..badan bagai di pam2...yelah..hati senang...dah kawen...pastu terus mengandung..masa mengandung lagi dahsyat...sebelum bersalin berat cecah sampai 98kg..memang dh betul2 mcm dugong dah rasanya..tapi...suami saya tetap sayangkan saya...

Lepas dah bersalinkan Wafiy...sambung menyusu pulak...lagi la tak control makan..memang lapar jek memanjang perut ni..badan naik lagi...radha dan pasrah...banyak baju tak muat..sedih..tapi takde inisiatif nak buat ape2..sebab hanya yg difikirkan biarlah..janji anak aku cukup susu...

selama 2 tahun badan tetap mcm tu...berat memang tak pernah kurang daripada 85kg...hoho...beratnya!!! Encik suami pun tak larat nak dokong okay!!

Lepas tu sambung mengandung anak no2...Ahmad Danial Haris..dalam gambar tu yang tengah2 dua gambar tu ye tengah ngandung 4 bulan...Masa ni memang dah jatuh cinta dengan Shaklee..tapi tak pernah cuba CINCH SHAKE...masa mengandung, cuba jugak..amek jugak cinch shake..bukan sebab nak kurus yer..tapi sy nak bagi berat tak naik banyak sangat mcm masa ahmad Wafiy dulu...dan mengandung anak kedua berat sebelum bersalin 92kg...tak macam dulu...

Lepas bersalin, saya nekad nak turunkan berat badan....at least mesti capai 70kg....itu impian saya...lepas 2 minggu bersalin, saya mula dengan set shape up shaklee...yang terdiri drpd CINCH SHAKE, OMEGA, LECITHIN dan ALFALFA...sampailah sekarang..baby saya dah 3 bulan setengah...

NOW..berat saya dah cecah 76kg...bagi korang yang memang selim melim, akan rasa angka ni still lagi banyak...tapi bagi saya..syukur sangat2...dan dalam keadaan sy sebagai BF moms...pengambilan set ni langsung tak mengganggu...Saya masih makan nasi dan lauk-lauk lain yang seimbang...Dan bf moms tak boleh ikut inch loss plan...TAPI boleh ambil CINCH SHAKE...

Saya ada misi lagi 6 kg untuk diturunkan...saya tak kisah walaupun mengambil masa berbulan-bulan..yang penting sy tahu ianya selamat untuk saya serta baby saya yang sedang menyusu...Dan yang penting...encik suami pun makan suka...

Anda nak cuba turunkan berat dan lose inches macam saya??
Meh kita borak2...Hanya orang yang pernah gemun sahaja yang memahami hati dan perasaan orang gemuk...

(Klik imej untuk lebih jelas)

shape up set
Apa yang puan Chrysalis ambil sebenarnya adalah set shape up shaklee add on omega guard. Oleh kerana Puan Chrysalis masih menyusukan anak, herblax telah diganti dengan alfalfa untuk fungsi detox.

Alfalfa- Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir. Ia akan dikeluarkan melalui air besar. 

Lecithin- Membantu dalam penyingkiran lemak. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'

Cinch Shake Mix- Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Kerana protein berperanan untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Omega guard mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak Omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi, maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini  juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita mengurangkan berat badan. Haaa, nampak tak, bukan semua LEMAK tidak bagus. Inilah contoh lemak yang bagus iaitu ASID LEMAK OMEGA 3.

Berminat mencuba set shape up ini pada harga mampu milik? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774285 untuk konsultasi dan pesanan anda.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen