Yeyy...vitamin C Shaklee sudah mula dijual setelah hampir setahun tiada di pasaran. Dalam masa hanya 4 hari saja ianya telah kehabisan stok buat sementara waktu. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Oleh itu vitamin C sangat digalakkan kepada mereka yang sering kerap demam, batuk dan selsema, perokok tegar, individu yang kerap stress, individu yang memakai alat perancang kehamilan dan juga pil penahan sakit.

Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Oh ye!! Ada TIPS EKSLUSIF yang boleh melegakan demam, selsema & batuk akan saya kongsikan jika anda membuat pembelian melalui saya :) Ok, jemput baca testimoni mereka yang telah mencuba Vitamin C Sustained Release Shaklee yang hebat ni ye. (Klik imej untuk lebih jelas)

Testimoni vitamin C Sustained Release #1

Testimoni vitamin C Sustained Release #2

Testimoni vitamin C Sustained Release #3

Testimoni vitamin C Sustained Release #4

Testimoni vitamin C Sustained Release #5

Testimoni vitamin C Sustained Release #6

Testimoni vitamin C Sustained Release #7
Berminat boleh menghubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 4774 285.
Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran. Uniknya vitamin C Shaklee ini kerana ia diperbaharui dan dipertingkatkn dengan Citrus Bioflavonoids. Apa itu bioflavonoid? Jom ikuti kupasan saya di bawah.

vitamin c shaklee
Kiri: Vitamin C yg lama   Kanan: Vitamin C yg terbaru
Apa Itu Bioflavonoid?
Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kelas vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan pengkelasan nutrien yang terkandung di dalamnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, onyx, luteolin, dan flavonoid lain. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.

Apa Manfaat Bioflavonoid?
Bioflavonoid  berkesan bekerja bersama vitamin C. Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C iaitu:
  • menjaga kekuatan pembuluh kapilari darah
  • menjaga collagen (pelekat antara sel) agar tetap dalam keadaan sihat
  • membantu penyerapan vitamin C
  • mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan
  • mengurangkan hipertensi
  • mengurangkan pendarahan
  • mencegah kerosakan kapilari dan rangkaian penghubung
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan
Bioflavonoid berkesan digunakan dalam rawatan kecederaan sukan kerana mempunyai kesan menghilangkan rasa sakit. Zat ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan di kaki dan sepanjang punggung, dan boleh mengurangkan gejala-gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah, dan penyakit herpes rongga mulut (oral herpes).

Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid?
Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pain, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sekoi, apricot, soya, tomato, brokoli, dan lain-lain.
buah-buahan citrus
Buah-buahan citrus
Bahan Apa yang Dapat Mengurangkan Bioflavonoid dari Tubuh?
Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan beberapa ubat penahan sakit juga boleh membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.
vita-c plus sr
Kiri: Vit C yg baru   Kanan: Vit C yg lama

Apakah Perbezaaan Vitamin C yang dulu dengan Vitamin C yang sekarang?

1. Vitamin C yang dulu dikenali dengan nama Vit-C Sustained Release 500mg dan yang terkini adalah Vita-C Plus Sustained Release. PLUS bermakna ada tambahan BIOFLAVONOID sebagai bahan utama iaitu (lemon, orange, grapefruit dan hesperidin)
2. Berat sebiji vitamin C sebelum ini tidak dinyatakan dan yang terkini beratnya adalah 922mg
3. Bahan-bahan vitamin C sebelum ini adalah ascorbic acid=500mg  dan yang terkini adalah ascorbic acid=525.35mg + Citrus bioflavanoid 120mg (lemon, orange, grapefruit dan hesperidin 7.50mg).
4. Ascorbic acid yang terkini bertambah 53mg menjadikan jumlahnya 553mg

Secara keseluruhannya, vita- C plus adalah penambahbaikan kepada vita-C yang memberi keberkesanan yang terbaik..! Pilihan saya tentulah Sustained Released Vita-C Plus dari Shaklee..ianya 100% selamat, semulajadi dan berkesan.

Manfaat vitamin C disini
Keistimewaan vitamin C dari jenama-jenama lain di pasaran disini

Jika berminat boleh hubungi saya melalui email di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).
Simptomnya bermula dengan perubahan bentuk badan diikuti dengan kelakuan, keletihan dan kurangnya semangat untuk melakukan sesuatu. Jika anda lelaki yang menginjak usia 40-an, berperut buncit, kurang bertenaga serta terjejas kemampuan seks, jangan pandang enteng sebaliknya cuba kenal pasti situasi ini.

andropaus

Andropaus merupakan proses normal bagi tubuh badan lelaki. Tatkala usia kian meningkat, hormon testosteron akan berkurangan sekaligus menyebabkan kurangnya tumpuan, ingatan dan nafsu seksual. Bagi lelaki yang merokok, awas! Tabiat tidak sihat itu akan mempercepatkan lagi proses andropaus.

Hormon testosteron penting dalam fungsi tubuh kerana ia mengawal fungsi seksual, menjana tisu badan yang memberi kesan terhadap metabolisme. Lebih daripada itu, ia turut mengawal fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat. Testosteron terhasil dalam kelenjar adrenal dan testikal (zakar).

Biarpun hormon ini begitu penting pada lelaki namun ia tidak dapat dihalang daripada berkurangan apabila usia mencecah lewat 30-an. Oleh itu lelaki perlu mengambil berat akan kesihatan dan gaya hidup agar andropaus tidak berlaku terlalu awal daripada jangkaan.

Kenal pasti gejala-gejala andropaus di bawah ini dan dapatkan nasihat doktor jika rasa ragu-ragu.
  • Obesiti atau perut buncit
  • Saiz dan kekuatan otot berkurangan
  • Mudah rasa sedih dan marah
  • Masalah ketegangan zakar
  • Bulu-bulu berkurangan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Daya ingatan menurun
  • Kemampuan ereksi terganggu
  • Sukar melelapkan mata
  • Nafsu terhadap seks menurun
  • Mudah dan cepat rasa letih

Ambil langkah berjaga-jaga agar anda lebih bersedia dan ia dapat membantu melambatkan proses andropaus ini.

1) Jalani gaya hidup aktif
Senaman yang konsisten mampu mengurangkan risiko ini. Sebagai tambahan, mereka yang menjalani gaya hidup sihat juga dikatakan membantu seseorang untuk mempunyai emosi yang lebih stabil.

2) Amalkan diet seimbang
Mengawal setiap makanan serta minuman yang masuk ke dalam tubuh. Antara tip yang disarankan ialah mengurangkan pengambilan kafein kerana ia mampu meningkatkan rasa gementar pada bahagian saraf.

3) Berhenti merokok
Jumlah 4000 bahan kimia yang ada pada asap rokok boleh mempercepatkan lagi proses andropaus.

4) Utamakan kualiti tidur
Tidur berkualiti mampu membantu organ dalaman seperti jantung dan minda bergerak aktif. Jika tidak, ia akan menghakis keupayaan dan fungsi badan sekaligus mendedahkan tubuh pada penyakit jantung, diabetis dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama ia menjuruskan tubuh ke arah andropaus.

Peratusan Andropaus Mengikut Umur
2-5% - 40 - 49 tahun
6-30% - 50 - 59 tahun
20-45% - 60 - 69 tahun
34-70 % - 70 - 79 tahun
91% - 80 tahun ke atas

18.5 % disahkan mengalami andropaus tetapi angkanya mungkin lebih tinggi. Ramai yang tidak mendapat rawatan akan masalah kekurangan hormon testosteron kerana tidak menyedari kesan buruknya.

Rawatan terapi gantian hormon akan dicadangkan tetapi ia mungkin mempunyai kesan sampingan iaitu bengkak kaki dan masalah hati.

Alternatif kepada kaum Adam, anda boleh mencuba Shaklee Gla Complex dan Set Men Vital's Health untuk mengekalkan kesihatan lelaki yang lebih sihat dan sempurna. Sayangi diri dan keluarga anda. Anda sihat, keluarga sejahtera :)

Berminat untuk mencuba? Sila hubungi saya melalui email: salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.
Alhamdulillah, hampir setahun menanti kehadiran Vitamin C, kini ianya kembali dijual dalam pasaran Malaysia. Meskipun Shaklee kini telah melancarkan sistem online order, ramai pengedar sanggup berpusu-pusu dan beratur menunggu giliran berjam-jam demi VITAMIN C yang sangat popular ni....termasuklah saya sendiri. Penantian hampir 8 jam di HQ branch berbaloi-baloi apabila dapat restock Vitamin C buat customer kesayangan saya yang sekian lama menanti.

Untuk anda yang pentingkan kecantikan KULIT, kesihatan optimum..Sustained Release Vita C untuk anda!!! Dah cuba baru tau…(^◡^ )

vit c plus

vit c shaklee


Sustained Release Vita-C 500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Jangan tunggu lama-lama. Nanti takut stok kembali SOLD OUT... Siapa berminat boleh hubungi sue melalui email: salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.
Perasan kantung mata dan kawasan hitam di bahagian bawah mata? Jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Tahu apa punca kantung mata?

dark circle

Menurut kajian, masalah ini terjadi apabila anda kekurangan darah dan tidak mendapat tidur yang cukup atau berkualiti. Apabila keadaan ini berlarutan, wajah menjadi pucat sekaligus muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Ada beberapa sebab terjadinya kantung mata dan ia perlu diberikan perhatian sewajarnya.

1) Setiap individu mempunyai ketipisan kulit di bahagian bawah mata yang berbeza. Ia bergantung pada keturunan. Semakin tipis kulit, semakin jelas bayang-bayang di bawah mata.

2) Keletihan yang melampau dan kurang  tidur membuatkan mata bekerja dengan lebih keras. Akibatnya pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga terpaksa bekerja berkali ganda sehingga mewujudkan bayang-bayang di bawah mata. Penyelesaiannya mudah iaitu dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.

3) Faktor usia turut menyumbang terhadap pembentukan kantung mata. Seiring usia yang kian meningkat, kulit kehilangan kolagen yang membuatkan ia kian menipis. Bagi mengatasinya, dapatkan rawatan meremajakan kulit kerana ia membantu mengurangkan lingkaran hitam yang muncul.

4) Ada sebahagian kita berhadapan dengan masalah elergi dan cenderung menggosok bahagian mata. Akibatnya, darah akan memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata sekaligus membuatkannya nampak gelap. Jika anda tahu akan masalah alergi yang dihadapi, elakkan apa jua puncanya contohnya makanan.

5) Kekurangan zat besi juga boleh menjadi punca kepada masalah kantung mata ini. Ia menjadi lebih kronik ketika hamil dan kekurangan zat itu akan membuatkan wajah bertukar pucat. Pembuluh-pembuluh darah di bawah mata jelas dilihat sebagai bayang-bayang hitam. Jadi atasinya dengan mengambil vitamin tambahan zat besi.

Masalah kantung mata tidak harus dipandang enteng. Pada awalnya ia mungkin tidak memberikan kesan ketara tetapi lama-kelamaan ia boleh menjadi teruk. Sebelum ia lebih sukar ditangani, apa kata mulakan beberapa langkah untuk mengembalikan bahagian bawah mata yang cantik. Berikut adalah caranya:

1) Terdapat banyak krim, pelembap dan masker yang boleh di dapati di pasaran. Ketika membeli, pastikan produk-produk ini mengandungi kolagen atau pun asid hialuronat. Kedua-dua kandungan itu dapat mengurangkan penguapan air yang berlebihan daripada kulit. Mahukan kolagen yang terbaik untuk kulit anda? Apakata anda mencuba Shaklee Collagen Powder. Selain itu, dapatkan masker yang menggunakan bunga mawar dan hazelnut. Ia tidak hanya menghilangkan bengkak mata malah memberi kesan sejuk.

2) Pengambilan vitamin penting untuk kecantikan mata. Vitamin C contohnya membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangkan proses pigmentasi di sekitar mata.

3) Amalan urutan juga bagus. Malah ada yang memberi fokus untuk urutan di bahagian itu sahaja kerana ia bagus demi merangsang aliran di sekitar mata. Dapatkan cara urutan yang betul kerana hasilnya mata akan kelihatan lebih segar dan cantik.
Sumber: Rapi, April 2013
Maksud G6PD

g6pd
G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. 

Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.


Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.


Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah
- kelihatan pucat
- tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada

Akibat daripada hemolisis
- jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. 

Pesakit mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?
Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.

Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doktor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.

Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotik dan lain-lain ubat-ubatan tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
kacang parang
kacang parang
soya
air soya dan makanan yang berasaskan soya
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

Diharap sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan kepada anda semua ya. InsyaALLAH kekurangan enzim G6PD ini jika dikawal dan dipantau pemakanan serta ubatan yg diambil tidak akan mendatangkan apa2 kemudaratan atau masalah yg serius. Apa-apa pun sebelum pengambilan apa2 jenis produk mahupun ubat-ubatan dapatkanlah nasihat daripada pakar perubatan anda terlebih dahulu.

PERHATIAN:
Ibu yang menyusukan bayi dengan kekurangan G6PD tidak boleh mengambil Alfalfa. Sebagai alternatif boleh mengambil set Eu Four Pack bagi tujuan membantu penyusuan.
Kebaikan untuk ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin - mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoporosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

set double milk booster
Kebaikan untuk bayi:
  • Kolustrum merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi
  • Mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
  • Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetis untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 point berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

Kebaikan kepada keluarga:
  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi jarang mengalami sakit
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan

Kebaikan kepada masyarakat
  • Mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara
Sumber: Hebatnya Susu Ibu, Pg 109 & 110

Apabila tiba musim promosi Shaklee Collagen Powder, soalan panas yang acap kali diajukan pada saya , boleh tak ibu menyusu consume kolagen ni? Ramai ibu-ibu menyusu risau sekiranya Shaklee Collagen Powder ini menganggu penghasilan susu ibu dan memberi kesan sampingan kepada bayi. Jom ikuti huraian saya di bawah:

Antara ramuan yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder ialah:
1) Bahan utama Shaklee Collagen Powder adalah sisik ikan merah (red snapper scales-RSS)
Sisik ikan merah ini kaya dengan Protein. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.
Apabila kandungan protein cukup dalam badan ,inshaallah susu pun akan meriah. Contoh mudah adalah seperti ibu menyusu yang minum ESP, susu ibu yang terhasil adalah meriah sehingga baju basah lenjun.

2) Ekstrak Pfaffia
Pfaffia adalah sejenis herba tradisional. Ianya ala-ala Alfalfa yang bertindak membantu boost up penghasilan susu ibu.

3) Vitamin B2 dan B6
Vitamin B membantu para ibu mengawal tekanan dan stress. Bila ibu menyusu berada dalam keadaan tenang dan ceria, susu pun dapat keluar dengan melimpah ruah.

4) Vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem si ibu dan turut memberi manfaat pada bayi yang disusukan. Ia membantu mengurangkan simptom selsema.

Apa yang menyebabkan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil Shaklee Collagen Powder?
Ini adalah disebabkan oleh ekstrak pfaffia yang terdapat di dalam  Shaklee Collagen Powder. Ekstrak pfaffia ini bersifat panas seperti jamu dan juga alfalfa. Ibu menyusu yang biasa mengambil alfalfa tiada masalah untuk mengambil Shaklee Collagen Powder. 

Bagi ibu menyusu yang tidak pernah mengambil alfalfa, boleh mencuba sepeket dahulu Shaklee Collagen Powder dan dibahagi tiga, kemudian lihat tindak balas pada bayi anda bagaimana. Samada bayi anda meragam (panas tidak selesa) , naik2 ruam merah atau cirit-birit. Jika sekiranya tiada kesan sampingan seperti di atas, selepas ini anda boleh la membeli sekotak Shaklee Collagen Powder.

Sudah panjang lebar huraian saya di atas. Saya berharap, tiada lagi kekhuatiran pada ibu menyusu untuk mencuba Shaklee Collagen Powder ini.

Testimoni ibu menyusu yang telah mencuba Shaklee Collagen Powder:

ibu menyusu ambil shaklee collagen powder

ibu menyusu ambil shaklee collagen powder

Sempena promosi Oktober ini nikmatilah keistimewaan berikut hanya dalam bulan Oktober 2013 sahaja.

BELI 6 kotak FREE 1 kotak

promosi shaklee collagen powder

Untuk pesana sila hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sekumpulan protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain, seperti kulit, tulang, saluran darah, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan juga ada dalam gigi. Kolagen membentuk 30% daripada 100,000 jenis protein yang wujud di dalam tubuh manusia.

apa maksud kolagen
Fungsi-fungsi kolagen?
  • Menggabungkan sel-sel badan
  • Membekalkan oksigen dan nutrien
  • Membuang sisa kumuhan
Kolagen berkuarang apabila umur semakin meningkat
Pada usia 25 tahun, pengeluaran kolagen mula berkurangan, yang juga melambatkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini kerana kekurangan kolagen mewujudkan masalah-masalah kesihatan berikut:
- Kedutan, garis-garis halus, kulit kendur, uban, dan keguguran rambut
- Tekanan darah tinggi, kerapuhan tulang, artritis, rabun jauh
- Aterosklerosis

semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurang

Graf ini telah diambil daripada kajian antarabangsa. Graf menunjukkan jumlah kulit dan tulang, dan perubahan kulit di kalangan wanita berusia antara 20 dan 69. Bukti ini membuktikan bahawa tanda-tanda penuaan hadir kerana kekurangan kolagen. Sintesis kolagen aktif sehingga awal 20-an, namun akan mula menurun sekitar usia 25 tahun.

Mengambil kolagen berkualiti tinggi → kolagen menggalakkan sintesis dalam badan → mengembalikan kolagen dalam badan → menambah baik penampilan kulit dan tulang / kesihatan saluran darah → menyelesaikan masalah kesan-kesan penuaan.

Kesan Anti-Penuaan dengan Kolagen
Kolagen yang berkualiti tinggi dijangka menggalakkan kesan-kesan anti-penuaan berikut:
1. Meningkatkan ketumpatan tulang
2. Pertumbuhan rambut
3. Menghapuskan sakit sendi
4. Menyegar dan menyuburkan kulit
5. Menganjalkan payudara
6. Melegakan sembelit

Dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan, R &D telah berkembang dengan pesat, bukan sahaja dalam menyembuhkan penyakit, tetapi juga dalam cara untuk kekal rasa dan kelihatan muda. Ini ditakrifkan sebagai "Anti-Penuaan", yang kini merupakan istilah umum yang digunakan dan diterima secara meluas. Cara yang paling mudah dan yang paling pasti mempunyai kesan-kesan anti-penuaan adalah untuk mengambil kolagen sebagai makanan tambahan.

Bilakah masa yang sesuai menggunakan kolagen? 
Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Kolagen juga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein. 

Shaklee Collagen Powder adalah disediakan dalam bentuk serbuk dan larut dengan cepat dalam air sejuk, suam atau didalam apa- apa minuman seperti jus buah-buahan, ESP dan Mealshakes.

Testimoni shaklee collagen powder di sini.
stok ebm untuk pengasuh
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif secara puratanya minum susu, 25oz (750ml) sehari ketika dia berusia antara satu hingga enam bulan. Namun, amaun susu yang diminum setiap bayi adalah berlainan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, purata bayi menyusu adalah 19 hingga 30 oz (570 hingga 900ml) sehari.

Berdasarkan maklumat tersebut, ibu dapat menggunakannya untuk menganggarkan purata susu yang bayi perlukan setiap hari. Anggarkan kekerapan bayi menyusu dalam sehari kemudian bahagikannya dengan 25oz. Sebagai contoh, jika bayi biasanya menyusu sekitar lapan kali sehari, kita boleh mengagak yang bayi mungkin memerlukan sekitar 3oz bagi setiap sesi penyusuan apabila tidak bersamanya (25/8 = 3.1)

Ibu juga boleh mengira berdasarkan kiraan berat bayi dalam kilogram didarabkan dengan 2.5 sama dengan amaun dalam ounces bagi jangka masa 24 jam. Jadi, ibu berupaya menganggarkan jumlah susu yang diperlukan dalam tempoh 24 jam dan kemudiannya mengira berdasarkan kekerapan penyusuan. Contohnya, dengan berat 9 kilogram, bayi memerlukan kira-kira 9x 2.5= 22.5 ounces per jam.

Jadi, jika dia memerlukan 10 kali penyusuan setiap hari, maka bayi puan memerlukan 22.5 ounces setiap hari dibahagikan dengan 10 kali penyusuan menjadikannya 2.25 ounces bagi setiap satu kali penyusuan. Berdasarkan maklumat di atas,ibu boleh membuat anggaran jumlah susu yang diperlukan berdasarkan berat badan bayinya.

Untuk pengetahuan semua ibu, cara pemberian susu perahan juga merupakan faktor yang perlu diberi perhatian. Jika pengasuh menggunakan botol susu dengan cara yang salah, risiko terlebih penyusuan adalah tinggi. Amalkan pemberian dengan cara paced bottle feeding. Sila rujuk di sini

Sumber: Pa & Ma, Disember 2012 Pg54

Salam semua. Hari ni sedikit sharing dari saya mengenai shaklee collagen powder. Bila menyebut tentang kolagen, semuanya pasti tertumpu hanya kepada kecantikan sahaja. Shaklee collagen powder bukan macam kolagen biasa yang terdapat di pasaran. Malah, ianya lebih baik dari itu.

Antara manfaat Shaklee Collagen Powder (klik imej untuk lebih jelas):

manfaat utama shaklee collagen powder

Shaklee menambahkan 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen

1) KEANJALAN - Menyokong pembentukan tisu penyambung
Kolagen
  • Membekalkan elastin
  • Mengekalkan kulit lebih anjal 
Ekstrak Kulit Kerangan Laut
  • Mengandungi glukosamina bertindak sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophillus
  • Meningkatkan penyerapan kolagen


2) PENGHIDRATAN - Satu kombinasi  yang menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik

Ekstrak Biji Camellia Japonica
  • Mengandungi asid oleik dan isoflavon
  • Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin.
  • Meningkatkan prestasi dan tenaga


3) ANTIOKSIDAN - Membekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan lawan radikal bebas
Vitamin C
  • Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
Vitamin B2,B6
  • Bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh
Sebagai kesimpulannya, shaklee collagen powder membantu dalam kecantikan kulit wajah,  menyubur rambut dan kuku yang sihat, membantu memelihara kesihatan sendi untuk memudahkan pergerakan, dan melegakan ketidakselesaan mata. Pendek kata kolagen shaklee ini membantu memelihara dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan stok kolagen anda! Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.


Bagi anda yang ternanti-nanti apakah promosi bulan Oktober ini, jawapannya ialah Shaklee Collagen Powder.
  • Buy 6 Free 1
collagen powder (scp)

Shaklee collagen powder bukan sahaja untuk kecantikan kulit, malah sangat baik untuk tulang. Semakin meningkat usia, tulang kita semakin kehilangan span dan di sinilah collagen banyak membantu.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan stok collagen anda. Berminat boleh hubungi email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp 013 477 4285.