Shaklee Collagen Powder: Kepentingan Kolagen dalam Badan

Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sekumpulan protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain, seperti kulit, tulang, saluran darah, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan juga ada dalam gigi. Kolagen membentuk 30% daripada 100,000 jenis protein yang wujud di dalam tubuh manusia.

apa maksud kolagen
Fungsi-fungsi kolagen?
  • Menggabungkan sel-sel badan
  • Membekalkan oksigen dan nutrien
  • Membuang sisa kumuhan
Kolagen berkuarang apabila umur semakin meningkat
Pada usia 25 tahun, pengeluaran kolagen mula berkurangan, yang juga melambatkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini kerana kekurangan kolagen mewujudkan masalah-masalah kesihatan berikut:
- Kedutan, garis-garis halus, kulit kendur, uban, dan keguguran rambut
- Tekanan darah tinggi, kerapuhan tulang, artritis, rabun jauh
- Aterosklerosis

semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurang

Graf ini telah diambil daripada kajian antarabangsa. Graf menunjukkan jumlah kulit dan tulang, dan perubahan kulit di kalangan wanita berusia antara 20 dan 69. Bukti ini membuktikan bahawa tanda-tanda penuaan hadir kerana kekurangan kolagen. Sintesis kolagen aktif sehingga awal 20-an, namun akan mula menurun sekitar usia 25 tahun.

Mengambil kolagen berkualiti tinggi → kolagen menggalakkan sintesis dalam badan → mengembalikan kolagen dalam badan → menambah baik penampilan kulit dan tulang / kesihatan saluran darah → menyelesaikan masalah kesan-kesan penuaan.

Kesan Anti-Penuaan dengan Kolagen
Kolagen yang berkualiti tinggi dijangka menggalakkan kesan-kesan anti-penuaan berikut:
1. Meningkatkan ketumpatan tulang
2. Pertumbuhan rambut
3. Menghapuskan sakit sendi
4. Menyegar dan menyuburkan kulit
5. Menganjalkan payudara
6. Melegakan sembelit

Dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan, R &D telah berkembang dengan pesat, bukan sahaja dalam menyembuhkan penyakit, tetapi juga dalam cara untuk kekal rasa dan kelihatan muda. Ini ditakrifkan sebagai "Anti-Penuaan", yang kini merupakan istilah umum yang digunakan dan diterima secara meluas. Cara yang paling mudah dan yang paling pasti mempunyai kesan-kesan anti-penuaan adalah untuk mengambil kolagen sebagai makanan tambahan.

Bilakah masa yang sesuai menggunakan kolagen? 
Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Kolagen juga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein. 

Shaklee Collagen Powder adalah disediakan dalam bentuk serbuk dan larut dengan cepat dalam air sejuk, suam atau didalam apa- apa minuman seperti jus buah-buahan, ESP dan Mealshakes.

Testimoni shaklee collagen powder di sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen