Info Kehamilan: Buku Gentle Birth Melahirkan Nyaman Tanpa Rasa Sakit

Assalamualaikum semua. Menjadi impian setiap ibu yang hamil untuk melahirkan anak tanpa rasa sakit yang lama dan tanpa gangguan luar jika ianya tidak perlu. Sebagai ibu hamil, selain menghadiri antenatal kelas anda juga boleh mendapatkan ilmu dari bahan bacaan.

Terdapat pelbagai buku yang membincangkan soal kelahiran alami antaranya ialah:

1) Childbirth without Fear: The Principles and Practice of Natural Childbirth
2) The New Approach to Giving Birth Naturally
3) Birthing from Within: An Extra-Ordinary Guide to Childbirth Preparation
4) The Birth Book: Everything You Need to Know to Have a Safe and Satisfying Birth
5) Gentle Birth Choices: A Guide to Making Informed Decisions about Birthing Centers, Birth Attendants,Water Birth, Home Birth, and Hospital Birth
6) Unassisted Childbirth
7) Gentle Birth, Gentle Mothering
8) HypnoBirthing The Mongan Method
9) Orgsmic Birth
10) Silent Knife: Cesarean Prevention and Vaginal Birth after Cesarean

Ya kebanyakan buku adalah di dalam bahasa inggeris. Jika sekiranya anda inginkan kelainan, anda boleh mencari buku Gentle Birth ini, tetapi ianya dalam bahasa Indonesia. Jangan risau, anda masih boleh memahami isi kandungan buku ini walaupun ianya bukan dalam bahasa ibunda kita.

Oh ya, buku ini dibeli melalui kawan saya yang kebetulan berada di Indonesia ketika itu. Harga buku ini termasuk poslaju adalah RM40 sahaja. Buku ini mengandungi 304 helaian muka surat.

melahirkan nyaman tanpa rasa sakit

melahirkan nyaman tanpa rasa sakit

Saya sangat mengesyorkan buku ini kerana isi kandungannya yang padat dan dilengkapi dengan contoh gambar-gambar yang menarik. Senang ingat dan mudah faham. Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak, ibu-ibu hamil yang masih mencari buku untuk pembacaan sewaktu hamil.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan