Testimoni Puan Salwani: Dulu Makan Seafood Keluar Jerawat Batu, Kini Tidak lagi..Kulit Muka Cerah, Gebu, Badan Ringan Sihat Bertenaga

Setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, cantik dan bebas jerawat. Namun adakalanya silap sikit makan menyebabkan alergi di mana jerawat tumbuh bagaikan cendawan di kulit wajah. Siapa yang tak rasa rendah diri kan bila wajah penuh jerawat batu?

Begitulah yang dihadapi oleh Puan Salwani. Berkat pengambilan secara konsisten vitamin C, vitamin E dan ESP selama 11 bulan, kini hasil yang beliau dapat adalah sangat mengkagumkan. Kata kuncinya di sini adalah konsisten dengan pengambilan suplemen di samping banyakkan bersabar.

set kulit / set allergy

Fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:

ESP (Soy Isolate Powder)
  • ESP ialah PROTEIN. Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh manusia. 
  • Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut,otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi,enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. 
  • Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. 
  • Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng‘optimum’ kan kadar penyerapan nutrient suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita..senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP. 
  • Protein yang lengkap, yang baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat. Sebab tu, seeloknya dalam setiap program/ pakej kesihatan yang anda ambil, disarankan mengambil ESP. 
  • Sejenis antioksida yang menjaga dan memperbaiki kulit, meneutralkan radikal bebas dan kerosakan sel. 
  • Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar. 
  • Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia). 
  • Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan). 
  • Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit. 
  • Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat. 
  • Membentuk kolagen. Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari, untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee? Hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan