5 Makanan Penting Bekal 'Tenaga' Tambahan Lelaki


Desakan kerja dan gaya hidup sering membuatkan tenaga berkurangan. Bagi mengecas semula tubuh yang lesu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diamalkan. Bukan sahaja memulihkan kembali badan yang letih tetapi jika diamalkan selalu, ia dapat membekalkan tenaga tambahan dalam hubungan kelamin.

ZAT BESI
Ia adalah satu mineral yang diperlukan bagi mengecas tenaga baharu. Ia juga baik untuk mengekalkan stamina seorang lelaki. Jika dilihat daripada sudut seks, zat besi menggalakkan pengeluaran hormon testosteron dan mampu menambah kualiti sperma. Sumber zat besi yang terbaik adalah tiram.

Tiram bukan sahaja menaikkan ghairah seks bahkan baik untuk penghasilan sperma berkualiti kerana kandungan hormon dopamine di dalamnya. Pengambilan tiram secara tetap juga membantu mengelakkan serangan kanser prostat. Seandainya anda tidak sukakan tiram, gantikan dengan stik sirloin.

tiram

VITAMIN B3
Vitamin B3 atau niasin membantu melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh. Kekurangan vitamin ini bukan sahaja membuatkan tubuh mudah letih bahkan merencatkan kemampuan ereksi seorang lelaki. Bagi menikmati vitamin ini, banyakkan pengambilan cendawan, tuna mahupun daging ayam.

ayam

VITAMIN B6
Baik untuk meningkatkan hormon lelaki. Ia merangsang keinginan seks dan membekalkan tenaga berpanjangan. Pengambilan vitamin ini juga dipercayai boleh menaikkan tahap libido. Selain telur, khasiat vitamin ini juga boleh diperoleh daripada avocado.

avokado

VITAMIN E
Selain bertindak untuk menghasilakn hormon, vitamin E juga kaya dengan antioksida yang melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Pengambilan vitamin E juga dapat mengurangkan masalah tekanan darah, mengelakkan kekerapan kejang otot, dan meningkatkan pengeluaran air mani lelaki. Amalkan brokoli, asparagus dan kacang badam untuk mendapatkan khasiat vitamin E.

brokoli

VITAMIN C
Kaya dengan sumber beta karotena dan mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Kebanyakan lelaki terutamanya yang bekerja kuat atau terlibat dengan aktiviti kecergasan seperti senaman secara berkala amat memerlukan khasiat daripada vitamin C. Baiknya vitamin ini kepada kaum lelaki kerana ia dapat mengatasi serangan jantung dan baik untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Amalkan sayuran atau buah-buhan bewarna kuning dan jingga seperti  buah oren mahupun lobak merah untuk khasiat vitamin ini.

lobak merah

Sumber: Rapi Jan 2014| MS 72 & 73

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan