Majlis Master Coordinator Celebration Shaklee: Pencetus Semangat & Motivasi Diri


Asyik bincang yang serius je, hari ni kita cerita santai pula.

Shaklee akan meraikan setiap distributor yang telah berjaya meraih pangkat tertinggi iaitu Master Coordinator dalam majlis gilang gemilang. Pilihan tempat, kita boleh pilih ikut suka, Shaklee akan follow je. Semuanya Shaklee tanggung tau, bestkan!

So far, saya sudah pergi 3 Majlis Master Coordinator Celebration. Sedikit info berkenaan perjalanan majlis adalah seperti berikut:
  • para masters masuk ke dalam dewan
  • ucapan GM shaklee malaysia oleh Mister Victor Lim,
  • sharing guest speaker iaitu upline kepada master yang diraikan,
  • recognition iaitu master dipakaikan kain (ala2 macam miss universe tu la), 
  • cake cutting, 
  • speech BERHARGA oleh master yang diraikan
Kenapa saya suka pergi ke majlis ini?

Bagi saya majlis ini adalah majlis ilmu. Tempat di mana para distributor sama-sama berkumpul dan mendengar perkongsian kisah kejayaan dari master coordinator. Kisah mereka sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat kepada saya dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk berjaya lebih baik dari beliau.

Ramai Masters Shaklee pada awalnya adalah orang-orang yang biasa sahaja tetapi telah berubah menjadi insan luar biasa hebat. Antara mereka, kebanyakannya ialah seorang ibu yang mahukan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya untuk diri dan keluarga mereka.

Menjadi seorang ibu, pastinya kita ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, bukan setakat anak-anak kandung sahaja, malahan anak-anak didik dalam bisnes Shaklee pun begitu juga. Oleh sebab itu ibu-ibu ini berusaha sehabis baik menunjukkan contoh terbaik pada anak-anak kandung dan juga anak-anak Shaklee untuk diteladani.

Saya sangat menyarankan pada anak-anak MUMTAZ saya, untuk turut sama hadirkan diri dalam majlis sebegini kerana akan mendapat banyak aura positif dan sekaligus membantu menjana caj2 magik untuk organisasi saya.

Sedikit perkongsian gambar di sekitar majlis gilang gemilang tersebut:

master coordinator celebration
Master Coordinator Celebration - Master Farah & Azri
master coordinator celebration
Master Coordinator Celebration - Master Lyna & Zainul Anuar
master coordinator celebration
Master Coordinator Celebration - Master Lyna & Zainul Anuar
master coordinator celebration
Saya dan anak sulong
master coordinator celebration
Suami dan anak-anak

0 Pembaca Setia:

Catat Komen