Sambutan Master Coordinators Celebration: Apa yang Bestnye?


Assalamualaikum semua. Harini saya ingin berkongsi cerita mengenai sambutan majlis penghargaan kepada para master yang telah berjaya dalam Shaklee. Master Coordinators adalah rank paling tinggi dalam Shaklee.

Bagi meraikan kejayaan master, pihak Shaklee memberikan hak kepada mereka memilih tempat di mana mereka mahu kejayaan mereka diraikan bersama rakan seperjuangan yang lain. Bestkan! Bayaran semua, Shaklee yang tanggung.

master coordinators celebration
Master Nur Zahirah dan pasangan
master coordinators celebration
Master Hafsah dan pasangan
Apa yang bestnye majlis sambutan master coordinators ini?

Ini adalah berdasarkan pendapat saya, setelah menghadiri 4 buah majlis master coordinators celebration iaitu: 

1) Dapat makan sedap2. Maklumla sekali sekala dapat merasa masakan hotel. Pasti sedap, tambahan lagi dihidangkan dengan pelbagai menu yang memikat citarasa. 

2) Dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan. Mana taknya, selama ni hanya sembang di alam maya dan bila sekali sekali berjumpa terasa manisnya ukhuwah. 

3) Dapat mendengar serba sedikit pengenalan kisah master yang diraikan dari emaknya (upline). Lagi best, sebab kisah telus dari hati seorang maknye kan.. 

4) Dapat mendengar kisah inspirasi perjalanan seorang master. Perkongsian yang ringkas namun sarat dengan motivasi serta emosi yang mampu mengalirkan air mata para tetamu yang hadir. 

5) Dapat menambah aura positif dalam diri kita, bak kata orang 'recharge diri'. Kerana apa? Kerana bertemu dengan orang2 yang hebat dalam majlis yang gilang gemilang ini. 

Dalam majlis ini anda boleh membawa anak2, ahli keluarga dan bibik. So, no worries k. Asalkan anda pandai2lah menjaga anak2 supaya tidak terlampau bising bagi menghormati majlis. Lagipun anak2 inilah yang memeriahkan lagi majlis dengan meniup wisel yang telah diberikan oleh pihak penganjur pada sesetengah waktu dalam majlis tersebut. 

Jom layan gambar2 yang saya sempat kongsikan untuk anda semua.
Saya bersama Master Hafsah dan pasangan beliau
Perkongsian kisah dari  'zero to heroin' dari Master Hafsah
Saya dan teman seperjuangan dalam satu keluarga
Suami dan anak2 sebagai teman ke mana sahaja
Diharap perkongsian saya ini, memberikan sedikit gambaran mengenai sambutan majlis master coordinators. Tak rugi pun jika anda menghadiri majlis ini, malah banyak manfaat yang anda akan dapat sebenarnya. Doakan saya ye kawan2 semua, giliran master saya pula pada tahun 2014 ini insyaallah.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan