Status Produk Shaklee: Shaklee Halal atau Haram


Firman Allah di dalam Al-Quran:
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu”. (Al-Baqarah: 168).

halal

Seringkali saya mendapat pertanyaan dari bakal pelanggan status halal Shaklee. Maklumlah, ini kerana tidak terdapat logo halal pada botol atau kotak produk tersebut. Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut, ada 2 perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu iaitu:

1) Semua produk Shaklee dihasilkan di USA. Kilang di USA dan bahan mentah juga dari USA.
2) Shaklee dieksport ke Malaysia.

Jadi, jelas ya di sini, produk Shaklee semuanya adalah dari USA.

Kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telah pun mendapat Sijil Halal daripada Islamic Services of America (ISA). ISA ni adalah satu organisasi yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. ISA adalah unik kerana ia diiktiraf sebagai 'pensijil' yang sah untuk produk dan bahan-bahan yang memerlukan pensijilan Halal di seluruh dunia.

Selain itu ISA juga diiktiraf secara global di lebih 70 buah negara. Dan paling best, ISA diiktiraf oleh JAKIM semenjak tahun 1982 lagi.

Maklumat lanjut ISA boleh rujuk sini.

islamic services of america (ISA)
Klik imej untuk lebih jelas
Ok, tak cukup dari laman web ISA sahaja, jom kita check pula sumber dari laman web JAKIM. Di web JAKIM sebenarnya anda dapat lihat senarai badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.

Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru.

halal jakim
Klik imej untuk lebih jelas
logo islamic services of america (ISA)
Klik imej untuk lebih jelas
Dan di bawah ni adalah Sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh ISA. 
(Sijil Halal 2014 belum dikeluarkan pada tarikh artikel ini ditulis)

sijil halal shaklee 2013
Sijil Halal Shaklee 2013
Update terkini (30/1/14), sijil halal Shaklee 2014.

sijil halal shaklee 2014
Sijil Halal Shaklee 2014
Jadi, bagi yang sebelum ini ragu-ragu dengan status kehalalan produk Shaklee diharap dapat pencerahan melalui entri saya ini. Sebenarnya tindakan anda berusaha mencari tahap status halal Shaklee adalah sangat baik. Ini adalah kerana apa yang kita makan bakal menjadi darah daging kita kan.

So, diharap semuanya jelas dan dapat consume produk Shaklee tanpa was-was lagi. :)

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan