Testimoni Set Berpantang Shaklee: 8 Sebab Anda Harus Memilih Set Bersalin Shaklee

Tempoh berpantang seringkali dikaitkan dengan kelesuan dan keletihan berikutan terpaksa melalui tempoh bersalin yang lama, muka pucat akibat kehilangan darah yang banyak ketika proses bersalin dan kekurangan tenaga kerana terpaksa berjaga malam menyusu mahupun menteteramkan si kecil yang kerap meragam serta masih cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru yang serba luas. 

Jemput tonton video ini, bagaimana ibu ini ngeri hendak bersalin lagi akibat mengalami sembelit teruk di awal tempoh berpantang sebelum BERJAYA mengatasi masalah sembelit beliau dengan jayanya.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Perkara ini jika tidak ditangani dengan betul bukan saja akan melambatkan proses penyembuhan malah boleh mengundang masalah lain seperti meroyan atau turut dikenali sebagai post-natal blues

Itu belum lagi mengambil kira sekiranya anak dilahirkan pramatang mahupun bacaan jaundis yang tinggi, maka ianya memerlukan si ibu untuk ulang alik ke hospital.

Kalau badan tak dapat sembuh dan kembali sihat bertenaga dengan cepat dan seperti sediakala, bagaimana si ibu hendak uruskan diri sendiri mahupun si anak apatah lagi menyusu dan menghasilkan susu badan yang secukupnya?

Oleh sebab itulah, pemilihan set bersalin yang baik dan bersesuaian amat penting dan wajar dititikberatkan oleh setiap wanita yang bakal melahirkan. 

Mari kita semak apakah 8 kriteria utama yang perlu ada dalam set bersalin:
➀ sesuai untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan
➁ boleh diamalkan sejurus selepas bersalin
➂ selamat dan tidak memudaratkan bayi
➃ tidak mengakibatkan jaundis, cirit-birit dan ruam pada anak
➄ menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat
➅ memberikan tenaga kepada si ibu
➆ tidak mengakibatkan sembelit
➇ dapat merangsang penghasilan susu ibu

Untuk pengetahuan anda semua, Set Bersalin Shaklee memenuhi semua kriteria-kriteria utama di atas. Nak tahu kenapa dan bagaimana vitamin-vitamin yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee mampu membantu anda untuk menjadi lebih sihat ketika di dalam selain merangsang penghasilan susu yang lebih meriah ketika di dalam pantang? Jemput baca di sini.

Jom tengok testimoni customer yang telah mencuba:

testimoni set berpantang shaklee

Anda berminat mencuba set berpantang Shaklee, boleh menghubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan