5 Buahan-buahan Baik Untuk Kehamilan


1) Aprikot
aprikot

Buah ini mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah aprikot juga mampu membantu anda mencegah masalah penuaan awal.

2) Pisang
pisang

Sememangnya ramai mengetahui, buah ini kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

3) Buah naga
buah naga

Kandungan vitamin C yang banyak di dalam buah naga sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ditambah pula ia kaya dengan vitamin B3 yang turut berfaedah membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

4) Tembikai
tembikai

Kesegaran yang dapat dilihat pada buah ini dipercayai dapat membantu mana-mana wanita  hamil yang mengalami morning sickness mengelakkan diri daripada mengalami masalah dehidrasi pula.

5) Kurma
kurma

Buah yang tinggi kandungan khasiat makanan ini seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain lagi dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan buah ini sewaktu hamil.

Sumber: Pa& Ma, Mac 2014, MS: 50

0 Pembaca Setia:

Catat Komen