Adakah Seks Selamat Semasa Hamil?


adakah selamat seks semasa hamil

Ramai pasangan suami isteri takut untuk melakukan hubungan seksual ketika hamil. Mereka berasa khuatir kerana bimbnag ia akan menyebabkan janin gugur atau isteri berasa sakit.

Sebenarnya, hubungan kelamin masih selamat dilakukan sewaktu awal kehamilan jika anda tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang boleh berlaku di awal kehamilan ialah:

1) Pendarahan akibat masalah threatened miscarriage
Dalam kes sebegini, pesakit dinasihatkan banyak berehat ketika darah masih keluar daripada faraj. Kebanyakannya akan pulih seperti biasa selepas usia kandungan mencapai 13 minggu iaitu bersamaan dengan tiga bulan usia kehamilan.

2) Masalah hyperemesis atau muntah yang teruk di awal kehamilan
Di dalam keadaan yang kerap muntah, para isteri yang hamil akan mengalami dehidrasi dan akhirnya menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Oleh yang demikian, para suami perlulah memberi sedikit masa si isteri untuk berehat dan pulih daripada masalah hyperemesis ini sebelum melakukan hubungan intim semula.

Bagi ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah di bawah, mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melakukan hubungan seks.

1) Pernah mengalami keguguran
2) Mengalami pendarahan ketika hamil
3) Pernah mengalami sakit di bahagian rahim  atau ari-ari ketika hamil
4) Pernah mengalami kelahiran pramatang

Kesimpulannya, hubungan kelamin tidak menimbulkan banyak masalah dan selamat untuk diteruskan  ketika isteri hamil. Nasihat untuk berhati-hati hanya diberikan oleh doktor jika pesakit mengalami masalah-masalah seperti di atas.

Sumber: Pa & Ma, Mac 2014, Ms:50

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan