KENAPA PESAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA (MULTIVITAMIN) SHAKLEE


Talesemia adalah penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek dari orang biasa. Jangka hayat sel darah orang yang bebas talesemia ialah selama 120hari. Umur sel darah merah ini lebih pendek berbanding biasa adalah disebabkan kegagalan penghasilan hemoglobin (pembawa oksigen yang boleh didapati didalam sel darah merah). 

Tugas utama hemoglobin ini adalah untuk menghantar oksigen ke semua tisu-tisu dalam badan. Bagi orang sihat, apabila sel darah merah seseorang sudah mati, iron dalam hemoglobin akan digunakan untuk membentuk kembali hemoglobin baru. 

Bagi talesemia pula, hemoglobinnya sangat lembik dan tidak kuat dan cepat mati. Get it? Iron dalam hemoglobin pesakit talesemia perlu bekerja kuat. Talesemia ialah penyakit keturunan, mereka tidak mampu menampung zat besi yang berlebihan dalam badan.

Orang dewasa normal macam kita ni ada 4gram zat besi. 3 gram ada dalam sel2 darah merah, dan 1 gram lagi simpan dalam hati. Zat besi tambahan ni tersimpan dalam hati and hati kita ni hanya mampu menampung zat besi smp 20g jer.

Tapi bagi pesakit talesemia, hati dorang dah tak mampu nak menampung zat besi yang penuh tu..pastu mula la zat besi tu terkumpul kat organ2 lain dalam badan macam jantung ke. Biasanya zat besi ni terkumpul dalam kuantiti sikit jer dalam setiap sel2 tubuh badan.Tapi kalu terlalu banyak zat besi dalam satu2 sel tu boleh sebabkan bahagian2 dari sel tu rosak dan mungkin sel tu boleh mati.
talasemia dalam badan
Ada dua kategori talesemia: 

Minor talesemia - orang-orang ini boleh dikatakan boleh hidup sampai ke tua dengan sedikit tanda anemia atau tidak ada tanda langsung. Mereka inilah pembawa talesemia. 

Major talesemia - orang-orang ini sangat bahaya kehidupannya. Bagi kanak-kanak yang tidak dirawat dari kecil, jangka hayat mereka adalah dalam 4-5tahun sahaja. Simptom pesakit talesemia ialah mereka sangat pucat (of course sebab tak cukup darah merah), tidak boleh tidur lena, selalu penat melampau, tidak selera makan, muntah selepas makan, pening kepala yang berpanjangan dan lain-lain lagi. 

Penyakit talesemia boleh dicheck dengan tengok sel darah merah seseorang dibawah mikroskop. Sel darah mereka berlubang macam donat. Bagi orang normal, sel mereka tidak ada lubang okey. 

Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila. Rawatan yang selalunya pesakit talesemia major boleh lakukan ialah dengan mendapat bekalan darah dari orang lain dan dimasukkan ke dalam badan mereka SETIAP EMPAT MINGGU

Kesimpulannya ialah talesemia ialah penyakit kekurangan darah merah dalam badan. Kalau dah kurang darah dan tak dirawat, sudah tentu membawa maut. Perlu diingatkan 1 dari 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa talesemia (talesemia minor). Pergilah check cepat-cepat, kang dapat pasangan sama talesemia, kena tengoklah anak-anak cepat-cepat. Ingat 1/4 chances anak pembawa + pembawa adalah penghidap talesemia major.


0 Pembaca Setia:

Catat Komen