Langsing dengan Shaklee: 10 Cara Kekal Langsing



Anda tidak perlu beria-ria ke gimnasium setiap hari dan berdiet mati-matian untuk mengekalkan badan yang ideal. Cukuplah dengan hanya mengambil sarapan, makan dalam hidangan yang kecil dan sebagainya demi untuk memperbaiki gaya hidup dan menjaga badan tetap langsing. Cuba tip ini:

1) Porsi kecil
Jika anda ingin tetap langsing, pesanlah makanan dalam jumlah yang sedikit. Ahli gizi, Stephanie Middleberg menyarankan supaya memesan makanan dalam jumlah yang sedikit seperti kopi, sup atau yogurt.

2) Salad @ sup

sup sayur

Makanan ini mengandungi sedikit kalori dan membantu memenuhi perut anda. Pesanlah sup atau salad sebelum anda beralih kepada menu utama.

3) Sarapan
Jangan lupa mengambil sarapan sebelum memulakan  sebarang aktiviti. Sarapan boleh mengelakkan anda daripada mengambil kalori yang berlebihan pada waktu malam.

4) Jangan ambil gula paket
Ketika menikmati kopi atau teh yang kurang manis, elakkan daripada menggunakan gula dalam paket (sachet). Cukup dengan satu sudu teh gula atau gantikan dengan madu atau sirap maple.

5) Makanan kecil
buah-buahan

Semasa keluar berjalan-jaalan, pastikan anda mengambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran agar perut tidak kosong. Jika tidak, kemungkinan anda akan memesan makanan yang berlebihan.

6) Mulakan bersenam
Anda tidak semestinya ke gimnasium untuk tetap sihat. Hanya mulakan dengan berjalan kaki atau naik turun tangga sekurang-kurangnya tiga jam dalam seminggu.

7) Elak makan depan tv
Jika perut terasa lapar ketika menonton, ambillah snek yang kaya dengan serat atau makanlah buah-buahan.

8) Elak makan lewat malam
Cara lain untuk menjaga berat badan adalah tidak makan  sebelum tidur. Biasanya kalori akan memberi tenaga pada badan dan anda tidak perlukan tenaga semasa tidur.

9) Gandum
roti wholemeal

Ambillah makanan seperti roti gandum kerana gandum akan membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan menjaga paras gula dalam darah berbanding roti tawar biasa.

10) Bahagikan makanan
Sebelum anda makan, kongsikan 1/4 jumlah hidangan makanan anda dengan pasangan atau kawan-kawan.

Sumber: Rapi 15 Jan 2013| MS: 83

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan