Makanan Untuk Orang yang Berdiet



Buah kering
kismis

Satu kajian yang dilakukan oleh Gene Spiller, ahli nutrisi dan pengarah health research and studies center di Los Altos, California mendapati kismis mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol. Dalam penelitiannya, semua responden yang mengamalkan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum termasuk 400 kalori kismis setiap hari, kadar kolesterol dalam darahnya menurun sehingga 8 peratus.

Epal
epal

Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan 'phytonutrient' yang melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik- satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Serat
serat

Pengambilan serat dalam diet harian amat penting. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum. Ini kerana serat berfungsi untuk mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh badan.

Sumber: Rapi 2012 MS:95

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan