4 Tip Mudah Naikkan Seri Wajah


Wanita cenderung berwajah pucat. Selain air muka tampak lesu, warna bibir yang lebam memburukkan lagi keadaan. Sudahnya, ada wanita yang sanggup melaburkan banyak wang demi mengembalikan seri wajah. Itu ini mahu dicuba asalkan masalah ini dapat diatasi. Anda mahu menyerlahkan seri wajah dengan cara yang paling mudah, murah dan selamat? Jom kita tengok tip di bawah.

1) Amalkan daun lemuni
Ambil beberapa helai daun lemuni. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yang memberangsangkan.

daun lemuni

2) Kehebatan air kelapa
Air kelapa memnag banyak manfaat. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Sapukan air ini dengan rata ke seluruh wajah. Kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yang sama memudarkan sebarang parut yang ada.

air kelapa

3) Minum air sebelum mandi
Minumlah segelas air kosong (suam) sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Tindakan ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah terlihat lebih segar dan berseri.

air masak

4) Hanya jari
Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Ulang sebanyak tiga kali. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai membantu mengelakkan kulit cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai bonus tambahan, amalkan bacaan Al-Quran dan wirid.

jari telunjuk

Sumber: Rapi Mac 2013 | MS26

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan