Diet Khas Wanita Hamil Ketika Bulan Puasa


wanita hamil berpuasa

Amalan pemakanan yang seimbang dan mengambil gizi yang diperlukan membantu memberikan kecergasan dan kesihatan yang optimum walaupun ketika berbadan dua. Pada bulan Ramadhan, keperluan kalori untuk wanita hamil tidak berubah kerana kandungan ibu akan semakin membesar.

Namun begitu, bagi wanita hamil yang mampu berpuasa untuk bulan Ramadhan adalah digalakkan bergantung kepada usia kehamilan. Jika tidak mampu, maka adalah disarankan untuk berbuka puasa seperti yang telah digariskan dalam Islam yang memberi kemudahan supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Antara contoh pemakanan yang lengkap dan sihat bagi sahur dan berbuka puasa untuk wanita hamil ketika bulan Ramadhan ialah :-

1) Pengambilan makanan sunnah, kurma sangat digalakkan bagi setiap kali waktu sahur dan berbuka puasa dalam kuantiti sederhana disarankan. Selain itu pengambilan minuman berkhasiat seperti susu dan jus buah-buahan digalakkan.

2) Pengambilan bijirin seperti nasi, mihun, spagetti, roti, biskut adalah perlu dalam kuantiti yang sederhana bagi pembekalan tenaga yang optimum ketika berpuasa.

3) Pastikan pengambilan protein seperti ayam, ikan, telur, tauhu dan tempe diambil setiap kali hidangan sahur dan berbuka anda dan pastikan ia dihidang dengan cara masakan sihat.

4) Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan berbuka kerana ia juga membantu dalam memberi rasa kenyang lebih lama.

4 Tip berpuasa bagi wanita hamil

1) Jangan lupa sahur. Sahur adalah penting bagi memastikan pembekalan tenaga optimum untuk seharian berpuasa

2) Banyakkan minum air ketika waktu sahur dan berbuka untuk memastikan tubuh badan sentiasa dalam hidrasi yang mencukupi

3) Pengambilan serat yang tinggi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama ketika berbuka puasa dan sahur adalah perlu bagi mendapatkan sumber vitamin pranatal seperti zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin A.

4) Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyah hidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.

Shaklee menawarkan set mighty 3 gem untuk persedian bulan puasa anda sekeluarga. Jemput baca di sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan