Petua Bibir Cantik dengan Avokado



Selain menjaga kesihatan, avokado sangat baik untuk menjaga kecantikan bibir dan kelembapan wajah. Tidak perlu menggunakan pelembap atau gincu untuk bibir yang cantik. Berikut adalah beberapa petua untuk bibir cantik dengan menggunakan avokado.

1) Avokado dan minyak zaitun
Titiskan minyak zaitun dengan avokado yang dihancurkan. Sapukan pada bibir dengan gerakan memutar selama 5-6 minit setiap hari sebelum tidur. Sudah tentu bibir anda berwarna merah secara semulajadi.

minyak zaitun

2) Avokado dan madu
Campurkan 50g avokado dengan satu sudu teh madu. Tambahkan satu sudu teh garam. Sapukan pada bibir dengan mengurut secara lembut selama 3-4 minit. Campuran garam ini untuk membantu membuang kulit mati pada bibir.

honey

3) Avokado dan gula pasir
Campurkan 50g avokado dan satu sudu teh gula pasir. Gosokkan pada bibir secara lembut dan berhati2 kerana ia boleh membuatkan bibir luka jika digosok dengan kasar. Lakukan dengan perlahan2 selama 2-3 minit.

gula tebu

4) Avokado dan shea butter
Bahan ini agak popular kerana membantu menghalus dan melembutkan kulit. Campurkan 50g avokado yang dihancurkan dengan satu sudu teh shea butter. Sapu pada bibir dan biarkan ia kering. Ia akan mengeluarkan kulit mati dan bibir nampak segar kemerahan.

shea butter

Sumber: Rapi Jan 2014 | MS:29

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan