Senarai Semak Keperluan Ibu dan Anak di Hospital


Barang2 keperluan untuk anda dan bayi sepanjang berada di hospital adalah perkara yang perlu ada dalam senarai semak anda. Bukan itu sahaja, malah barang keperluan untuk suami juga perlu supaya suami dapat menemani anda sepanjang anda menunggu saat untuk melahirkan nanti.

set berpantang shaklee

Antara keperluan ibu yang harus anda sediakan ialah:
1) Buku merah / buku pemeriksaan bulanan kandungan anda
2) Kad pengenalan diri
3) Baju butang depan utk kemudahan menyusu
4) Kain batik
5) Tuala materniti
6) Seluar dalam pakai buang
7) Stokin
8) Selipar jepun / selipar tandas
9) Coli penyusuan dan nursing pad
10) Baju untuk dipakai ketika pulang
11) Baju panas
12) Selimut tambahan jika perlu
13) Tuala
14) Tudung (bagi yang bertudung)
15) Minyak panas
16) Perkakasan untuk mandi dan kelengkapan diri spt sabun, syampu, sikat, tisu dll
17) Beg plastik untuk mengisi baju kotor
18) Beg khas untuk membawa pulang uri

Barang2 keperluan bayi:
1) Baju bayi
2) Sarung kaki dan tangan
3) Lampin pakai buang
4) Barut
5) Bedung
6) Selimut bayi
7) Tuala besar dan kecil untuk bayi
8) Minyak telon
9) Perkakasan mandi seperti losen dan bedak

Barang2 keperluan suami:
1) baju dan seluar
2) Perkakasan mandi spt berus gigi, sabun
3) Kain pelikat
4) Telefon bimbit
5) Pengecas telefon bimbit / powerbank

Semoga entry ini dapat membantu mommies semua dalam membuat persiapan menyambut orang baru :)

Ingin mencuba set berpantang Shaklee. Klik sini dan sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan