Tip Caj Energi Selepas Melahirkan Anak


Bagi ibu yang telah melahirkan anak, sudah tentu sukar berehat. Berehat bukan hanya dengan tidur tetapi anda harus mengamalkan cara hidup yang sihat supaya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Antara tip yang boleh membantu anda menambah energi  untuk menguruskan anak dalam tempoh menjalani pemulihan diri selepas bersalin ialah:

1) Sarapan pagi
Sarapan pagi adalah penting kerana ia sumber tenaga yang paling penting untuk memulakan aktiviti harian anda. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berkanji spt roti, nasi dan pasta. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit dalam suatu masa tetapi kerap. Ingat, jangan biarkan perut kosong.

breakfast

2) Senaman ringan
Anda boleh melakukan beberapa senaman ringan spt berjalan, senaman rantai pelvis dan regangan sebaik shj anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira2 enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.

3) Tidur bersama bayi
Dapatkan masa rehat yg secukupnya. Cuba untuk tidur semasa bayi anda sedang tidur. Apabila anda tidur ketika bayi tidur, cara ini akan membuatkan anda lebih bertenaga kerana mendapat rehat yang mencukupi. Rehat yang mencukupi dapat membantu merangsang pengaliran susu ibu dengan baik. Malah dikatakan tidur sejenak selama 30 hingga 45 minit sebenarnya cukup efisyen dalam menyegarkan kembali tubuh.

4) Jus buah-buahan
Buat jus segar di rumah utk memberi kesegaran pada tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu. Anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya, air pegaga. Malah anda juga boleh mendapatkan jus formulasi yang dijual di pasaran yang diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk kesegaran badan. Juga, jgn lupa, minum banyak air antara 8 hingga 12 biji gelas air sehari.

jus buah

5) Ceriakan diri
Cubalah anda tampil ceria dgn siapkan diri anda untuk kembali segar dan penuh energi. Tidak salah untuk tampil ceria asalkan membuatkan anda selesa.

6) Menonton televisyen
Anda boleh memilih rancangan kegemaran anda kala sedang bersantai bersama bayi baru.

watching tv

7) Aromaterapi
Aromaterapi adalah bau atau haruman yang menggunakan minyak pati bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan. Antara khasiat bau wangian aromaterapi ialah dapat menenangkan minda, jasmani dan rohani. Letakkan bau-bauan yang wangi aromaterapi dalam bilik anda untuk memberikan mood kesegaran kpd anda dan bayi.

8) Suplemen
Selepas bersalin kebanyakan para ibu akan kehilangan tenaga kerana menguruskan anak2, diet yang tidak seimbang kerana kekangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir dan melakukan penyusuan susu ibu. Pengambilan suplemen juga antara salah satu idea yang bagus untuk membantu anda mengembalikan kesegaran tubuh badan. Antara suplemen yang penting bagi ibu yang baru melahirkan bayi adalah spt vitamin C, vitamin B, multivitamin, zink, kalsium dan protein. Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah set Triple M.

makanan tambah susu

Namun dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan buat anda.

9) Sentiasa senyum dan ketawa
Sentiasalah tersenyum dan ketawa kerana ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Senyuman akan menghilangkan tekanan. Tekanan boleh terlihat di wajah. Senyuman boleh menghilangkan riak wajah yang sedih, bosan dan penat. Malah bayi anda sudah pasti ceria apabila melihat anda tersenyum kepadanya setiap hari.

smile

10) Zikir
Ia digalakkan kerana amalan rohani dapat membantu menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan. Ini kerana para ibu tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran jika masih dalam nifas selepas bersalin.

zikir

Sumber: Pa & Ma | April 2014 | MS 50 & 51

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan