6 Makanan Serat Yang Belum Diketahui


Serat terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti sayuran, keacang, buahan dan gandum. Makanan yang kaya dengan serat memerlukan masa yang lebih lama untuk dikunyah sehingga membuatkan anda merasa cepat kenyang. Selain itu, adanya serat dalam badan adalah untuk usus dan melancarkan pembuangan air kecil.

Bagaimana untuk mendapatkan serat yang cukup? Dikatakan seorang wanita yang berusia 50 tahun perlu mengambil serat sebanyak 25g setiap hari dan lelaki pula 40g. Caranya:

Buah dan sayur segar mengandungi serat yang lebih banyak berbanding jus buah atau sayur. Adalah lebih baik jika dimakan bersama kulit.

Makan salad sebelum makan. Biasanya sayuran mentah memerlukan masa selama 10 minit untuk dihabiskan. Cara ini membantu anda mengurangkan pengambilan makanan anda.

Ketika keinginan mengunyah datang, ambillah kraker atau biskut dari tepung gandum. Selain rasa enak, kudapan ini tidak membuatkan anda gemuk.

Gantikan nasi putih dengan nasi merah, roti putih dengan roti gandum atau bijirin jagung dengan oatmeal.

Jangan ingatkan serat hanya terdapat pada sayur dan buah segar sahaja. Masih ada lagi makanan yang mempunyai kandungan serat yang tersembunyi untuk dimasukkan ke dalam menu diet anda.

1) Avokado
avokado

Buah yang mempunyai rasa krim ini sangat baik kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang meningkatkan kadar kolesterol baik. 1/2 potong avokado = 6g serat.

2) Labu kuning
labu kuning

Rasanya lazat dan sesuai dijadikan makanan utama. 1 cawan = 7g serat.

3) Pasta
pasta

Khasiatnya akan bertambah jika diambil bersama brokoli dan kekacang yang tinggi serat. Satu hidangan = 6g serat.

4) Kentang panggang

kentang panggang

Mungkin ramai yang belum mengetahui kentang panggang juga berserat tinggi jika dimakan bersama kulitnya. Satu biji kentang = 4g serat.

5) Kacang badam

kacang badam

Ia mengandungi banyak serat tanpa perlu tambahan gula atau mentega. Kandungannya 25% lebih banyak berbanding kacang tanah. Makan bersama dengan roti gandum atau bahan tambahan dalam salad. 2 sudu teh = 4g serat.

6) Hummus

hummus

Ia adalah masakan khas Timur tengah yang diperbuat daripada kacang garbanzo, jus lemon, bawang putih, minyak zaitun dan garam. 1/4 cawan = 3.7g serat.

Sumber: Rapi Mac 2013| MS: 78 & 79

0 Pembaca Setia:

Catat Komen