6 Tip Ajar Anak Mengaji


panduan ajar anak al-quran

Menjadi tugas ibu bapa untuk menanamkan kecintaan kepada Al-Quran dalam diri anak-anak. Menguasai Al-Quran dan terjemahannya adalah wajib bagi seorang Muslim.

Menghantar si manja mengaji Al-Quran amat sesuai dimulakan pada usia 5 tahun. Hal ini kerana si manja sudah boleh menyebut dengan betul dan mengerti peraturan mengaji Al-Quran.

6 Tip ajar anak mengaji:
  • Sekitar 15 minit setiap hari. Waktu yang sesuai ialah selepas sembahyang maghrib.
  • Menegur dengan menggunakan isyarat seperti menggerak-gerakkan alat penunjuk kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya barulah diterangkan
  • Boleh juga menegur dengan bunyi-bunyi tertentu seperti "em", "heh" dan lain-lain
  • Hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya
  • Tidak sering memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul
  • Berikan hadiah sebagai ganjaran apabila dia sudah membaca dengan lancar
Sumber: Pa&Ma Okt 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Komen