9 Makanan Tingkatkan Metabolisme


Sering tertanya2 mengapa orang kurus boleh makan banyak tanpa risau berat badan naik? Jawapannya ialah mereka memiliki kadar metabolisme yang tinggi. Tahukah anda, terdapat beberapa makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme. Jangan lupa untuk memperbanyakkan pengambilannya dalam rutin harian.

1) Kayu manis

kayu manis

Dikategorikan sebagai rempah, jumlah kalori yang dibakar lebih banyak. Ia turut berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Sangat berguna untuk membantu mencernakan karbohidrat.

2) Brokoli

brokoli

Kombinasi air dan serat yang tinggi dalam sayuran ini akan membuatkan perut kenyang. Secara automatik, ia meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak sebanyak 30%.

3) Badam

badam

Metabolisme dipertingkatkan dengan adanya kandungan asid lemak. Rutin mengambil segenggam badam setiap hari dapat membantu mendapatkan badan yang lebih sihat dan ramping.

4) Teh hijau

teh hijau

Minuman ini turut mengandungi kafein yang dipercayai mempercepatkan metabolisme. Ia turut merangsang sistem saraf dan mampu membakar kalori pada tahap yang lebih cepat.

5) Kopi
kopi

Kafein dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan sementara sehingga dapat mengurangkan keinginan untuk makan. Proses penghasilan energi menggunakan kafein juga dikenali sebagai thermogenesis.

6) Susu soya

soya

Meminum susu ini dapat mengurangkan kolesterol dan membuang minyak serta lemak dari tubuh. Kadar gula dalam darah turut berkurangan dan mencegah pengumpulan lemak dalam tubuh.

7) Grapefruit

grapefruit

Memiliki sifat kimia yang unik, buah masam ini penuh dengan vitamin C. Pengambilannya membantu menurunkan kadar insulin sekaligus memberi impak terhadap pengurangan berat badan.

8) Bijirin

bijirin

Bagus dijadikan sarapan. Bahkan ia juga elok diambil oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

9) Yogurt rendah lemak

yogurt

Rutin mengambil yogurt dapat mempercepatkan pengurangan berat badan dua kali ganda. 1200mg kalsium dapat diserap ke dalam tubuh setiap hari sekaligus membantu proses itu.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen